jom click!!

Tuesday, January 17, 2017

if only you are here mama....


I can't hold my tears..
I miss you so much mama..
Tommorow is your birthday..
If only you are here.. you must be very happy to be around everybody on your big day.. then we will go out to have big dinner as always... Ya Allah.. rindunya......

Mama.. there's no one to mengadu when im tired...
There's no one to talk to when im excited... there's no body to share my stories..
There's no more calls frm you everyday ma.. i cried everytime i read our conversation in whatsapp ma... you used to call and text me everyday ma.. Ya Allah.. i miss you so much mama.. 

Happy birthday mama sayang

*friends...hadiahkan mama alfatihah ya untuk birthday mama... tq*

#semogasyurgatertinggimilikmama



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Saat terakhir mama-sambungan




Helaian 3

Masa ni.. babah dah x bg kami bacakan yassin.. kami hanya berzikir agar mama dpt ikut zikir sama... laa ila haillallah..laa ila haillahllah.. allah.. allah allah... babah.. me dan lisa di kanan mama.. pp..pj.. dan fara di kiri mama.. mama betul2 di kelilingi anak2 dan babah.. entah kenapa masa ni daddy hilang.. adik2 ipar yg lain tiada.. bagaikan allah penuhi impian mama utk dikelilingi anak2 dan suami bila hujung nyawa mama... subhanallah.. Allah makbulkan...
Sungguh.. sayu... dan syahdu.. bilik icu bergema dgn alunan zikir kami anak beranak. Nurse semua berdiri tegak.. x berjalan kesana sini... mereka ikut sama tadah tangan bila babah bacakan doa.. perlahan demi perlahan.. bacaan pada monitor kian menurun.. semakin turun angka di monitor semakin berdebar jantung kami adik beradik dan tentunya babah.. saat ni air mata dah x dpt di tahan, jika dari tadi kami sebolehnya x mahu mama dengar kami menangis.. tapi kini.. sambil berzikir.. sambil air mata jatuh berjuraian...saat ini kami semua redha.. pergi la mama.. pergi ke istana kayangan mama....


Helaian 4

Bacaan BP drop bawah dari 10. Bacaan jantung tiba2 hilang dr bacaan. Seolah x dpt dibaca.. saat ini kami tatap wajah mama ... mama tenang... tidur.. untuk selama lamanya... warna kulit mama mula berubah dari pink merah kepada kuning pucat.. bibir mama bertukar dari merah ke pucat... kami 5 beradik serta babah saksi mama bertukar warna...saat ini kami sedar.. mama sudah tiada....
Syukur alhamdulillah.. kami diberi peluang oleh Allah untuk tatap wajah tenang mama di saat akhir hidupnya.. bibir mama terukir senyum.. kami yakin ma.. syurga tertinggi menunggu mama.. saat itu aku berbisik ke telinga mama.. mama dah nampak syurga mama ya ma.. mama rehat ya ma.. kami akan selalu doakan mama.. setiap masa... setiap waktu... perit pedih utk kami terima.. tapi apa yg membuatkan kami pasrah adalah apabila kami saksi bertapa lancarnya jalan mama.. dari saat mama pulang ke pangkuan Ilahi sehingga lah ke pengkebumian.. sahabat mama serta sanak saudara memenuhi masjid utk solat jenazah. Masjid besar btho penuh! Persis solat raya.. MasyaAllah... semua berkata ttg kebaikan mama... syukur Ya Allah.. mama sentiasa di hati semua org..
Al Fatihah.
Almarhumah Hajjah Kechik binti Md Yassin 18.01.1958-07.12.2016

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

In Loving Memory.. mama sayang



In Loving memory..
Mama Sayang..
18.1.1958 - 07.12.2016

Antara post2 dari kawan2 mama..
Mama satu dlm seribu..
Bukan kami anak2 shj yg merasa kehilangannya... sahabat2 mama juga turut terasa kehilangannya... hilangmu tiada berganti mama syg... namun doa untuk mama sentiasa dibibir kami..
al-fatihah...

**cantik mama serba putih.. macam bidadari Syurga.. mama syg..**

Saat terakhir mama


Rehatlah mama... diSyurga tertinggi... InsyaAllah.


(Helaian 1)
6. Dec. 2016

Hari ke 11 mama warded di icu kpj damansara.Harini tapau mc d for breakfast. Selesai sarapan semua menuju ke hospital.. smpai di hospital checked on mama. Alhamdulillah semuanya normal. Ecg 125 bp147 oksigen100.
Tp nurse inform semalaman mama x tdo. Mengangis smpai ke pagi. Hati mula dilanda rasa sesuatu. Kenapa mama berjaga smpai pagi? Menangis?... turun ke cafe, kids da merengek2 minta nk beli itu ini.. smpai je cafe, pp called..
"Kaklong kat mana?" Dengan suara kelam kabut. "Kat hospital la. Kenapa" " blue code! Hospital br call jantung mama stop tadi!"
Subhanallah. Mcm nk terkeluar jantung. Berlari ke lift. Smpai di icu.. nurse x bg masuk. Tgh cpr n stablekan mama.. Ya Allah.. mulut x berhenti berdoa.. panjangkan lah umur mama.. masa ni semua dah x henti menangis. Me, lisa, pj and scha.. the rest x smpai lagi ke hospital.. dlm 15 min lepas tu nurse inform mama dah ok. Tapi punca kenapa jantung mama stop.. masih x diketahui... Ya Allah.. permudahkanlah segalanya... called fara. Bergegas fara dtg dr office. Angah dan abah pun tiba di hospital.

Doc Dato Zurin panggil ke bilik. Ct scan done.
Mama diserang stroke kedua. Kali ni lebih kritikal. Jika yg pertama stroke pendarahan. Kali ni stroke tersumbat. Dua tempat. Kiri dan kanan. Dan yg lebih parah brain stem juga terlibat.. subhanaAllah.. berat sungguh ujian mu... kata doc jika brain stem injured, body mama hilang control utk pernafasan dan sebagainya. Brain stem control jantung, paru paru serta organ penting yg lain. Tiada Signal yg dihantar dr otak ke organ yg membuatkan organ mama terhenti bekerja. Sekarang mama fully support by machine..ubat diberikan berkali ganda dari kebiasaan.... doc kata harapan mama tipis... tapi kami tau.. mama kuat! Kalau kami di tempat mama.. pasti mama akan cari bermacam cara untuk selamatkan kami.. sepanjang hari mulut kami x berhenti dari ayat2 alquran. Doa syifa'..Yassin serta zikir.. ya Allah.. berilah kesempatan mama hidup lebih lama... kami bermalam di hospital.. cuma abah yg balik dengan anak2.. abah x berapa sihat.. jadi semua minta abah balik. Rehat dirumah. Kami jagakan mama.. setiap saat mama x bersendirian.



Helaian 2

Kami sentiasa disisi mama dengan bacaan yassin. Masa ni jauh disudut hati terdetik. Ini yg mama selalu impikan. Saat mama sakit nnt mama nk semua anak2 mama bacakan yassin utk mama. Ini lah sebab kenapa mama x henti2 marah bila salah sorang dari kami malas nk mengaji.. syukurr.. mama dah didik kami dgn didikan dan ajaran agama dan yg pennting x lupa Al Quran.. jam 12.30am... nurse minta kami tunggu di waiting room. Dah x boleh duduk sebelah mama. Dengan berat hati kami tinggalkan mama di bilik icu.. tapi masih..kami mengintai intai dari pintu cermin untuk tgk mama....sahabat2 baik dtg bg sokongan.. apis yg sentiasa ada..fairuz & An, Anis, nadia, Qurad dan mior..Thank you sahabat.. berjaga mlm utk temankan kami... kami solat hajat dan mengaji sepanjang mlm.. terlelap seketika dek terlalu penat.. jam 4.00am nurse tercegat dpn pintu waiting room. Sepantas kilat kami berlima berdiri..
"bp patient x naik2. 70-80.. rasanya boleh la masuk teman kat dlm".. sebak! Bertahan maaa...

7.december.2016
Hari ke 12 mama di icu. Dari jam 4.00 am kami dah disebelah mama. X berganjak walaupun sedikit. Bergilir2 ke surau utk solat subuh. Bp mama drop ke 50. Doc zurin call. Kata dah boleh la kalau nk call saudara mara terdekat. Ya Allah.. mimipi kah ini.. kami tatap wajah mama. Tenang. Persis dlm tidur... di saat ini kami semua pasrah. Redha.. kata ustazah semalam, wajah mama berseri2. Kulit mama putih pink. Bercahaya dan bukan semua org mendapat nikmat dan wajah yg sedemikian rupa.. bp mama makin drop. Masa ni kami berlima dan babah disisi mama.. berulang2 bacakan yassin.. mata sesekali menjeling ke arah monitor.. hati makin lama makin kencang bila mata tertumpu pada angka yg makin lama makin turun... YaAllah. Kuatkah aku?... hari makin terang. Sanak saudara makin ramai yg hadir.. bergilir2 msk ke icu.. masa ni kami x toleh ke kanan kiri.. mata hanya tertumpu ke muka mama dan monitor sambil mulut kami x henti2 dgn bacaan yassin..

perginya insan tersayang buat selama lamanya

mungkin masih ramai yg belum tahu... mama dah x ada... mama dah ada disisi Allah..
sungguh.. tersangat berat dugaan yg Allah berikan untuk penutup tahun 2016... bermulanya tahun 2016.. berbagai2 dugaan datang bertimpa2.... penutupnya dengan kepergian mama buat selama lamanya.... mommy ada abadikan detik2 perginya mama dlm fb... so mommy just copy and paste.


07.12.2016

Urusan berjalan dengan sangat lancar.
Masjid penuh mcm hari raya.. ramai sygkan mama.. alhamdulillah.. saf lelaki hampir penuh..saf perempuan smpai x muat.. beratus yg hadir utk beri penghormatan terakhir kepada mama.. solat jenazah utk mama.. alhamdulillah.. kami redha..kerana kami yakin mama kini di istana kayangan yg selalu mama idamkan.. mama selalu kata nk tinggal di istana kayangan.. impian mama termakbul.. pengkembumian berjalan dgn sgt lancar dan cepat. Langsung tiada halangan. Alhamdullillah...walaupun perit utk kami terima.. insyaAllah kami cuba dan kami redha.. lepas ni tiada lagi mama yg call hari2.. tiada lagi mama yg selalu pesan itu dan ini.. tiada lagi mama yg kaklong sayang sgt sgt... mama tenang di istana kayangan ya ma.. semua syg mama.. ramai sgt yg doakan mama.. babah banyak kali ckp kat mama, syurga teratas untuk mama.. saat akhir mama.. 3 jam kami x putus2 berselawat, yassin n mengucap tepi mama..kami saksi nyawa mama pergi.. sngat tenang.. sngt senang.. wajah mama berukar dari pink ke putih pucat. Saat tu kami tau mama dah pergi.....

اللهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ
نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik,  masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “. Amin ya robbal alamin


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Resepi Kambing Masala


alkisahnya mommy x pernah masak kambing masala.... tapi ade stock daging kambing so google2 and decide eh masak kambing masala lah.. hehe resepi ni mommy amik dr blog cik Lina. barang2 simple semua ade.. and turns out sangat sedap! macam rasa kari kambing yg mama selalu buat..  hmmmm rindunyaaaa kat mama

KAMBING MASALA 

 Bahan-bahannya :-
 1kg daging kambing 
Cara: Daging kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...kaedah renehan hingga daging empuk 

Bahan Kisar:
 7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1-2 batang serai 

Bahan Lain 
1 labu bawang besar (dihiris) 
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat) 
2 tangkai cili hijau (dihiris) 
2 tangkai cili merah (dihiris) 
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar 
1 keping kayu manis 
1 bunga lawang 
3 biji pelaga 
1/2 sk biji jintan putih 
1/2 sk biji jintan manis 
1/2 sk serbuk ketumbar 
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka) sedikit serbuk kari daging (optional) mommy Pg letak 1sk 1 sk serbuk Garam Masala 1 sk rempah beriani 2 gelas air (atau secukupnya) Garam dan perasa secukupnya Minyak masak 

Cara-cara memasaknya :- Panaskan minyak dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Kambing Masala sedia dihidang *** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

pindah lagi???



pindah sekolah lagi???
kemana pulak ni??
hehehe mengalahkan anak menteri you..



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Resepi Sambal ikan bilis rangup

Sambal ikan bilis rangup ni boleh simpan lama.. paling best consume  sambal ni je ngan nasi panas.. serious bertambah2 hahaha.. hmmm rase nk tepek semua resepi kat dlm blog ni.,., so semua agak2 tak ingat nk masak boleh buka blog and tgk balik resepi... lama x update blog.. banyak sgt kejadian lately ni.... takpelah nantui mommy update dlm entry lain k.. jom layan resepi sambal ikanbilis rangup dulu...

Ingredients needed;
* Small onion - 8
* Cleaned anchovies - handful
* Dried red chillies - 10
* Chilli padi - 6 (optional)
* Half lime
* Salt to taste

STEPS:
1. Start by frying anchovies. Set aside.
2. Then, shallow fry small onions & dried red chillies. Set aside.

3.Start by pounding small onions, followed by dried red chillies & chilli padi. Add salt as well.
4.Then, add in fried anchovies & semi-pound as well. Add in salt as well.
5.Finally, squeeze in half lime & check taste.
Ready to be served.

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Wednesday, November 2, 2016

Snap snap..snap snap 😍







I love taking pictures!
Especially of my self 😉
Ni la jadinya bila kegedikan melanda..
Hihihi



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, October 11, 2016

First update! After deep long rest 😉

Kita layan photos la dulu...
Esok atau mlm ni..
Kita layan cerita2 dari mommy okay..









Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Cinta bloggers


Lamanya tak active bercerita!!!!

Ade lagi ke kawan2 bloggers yg masih active dalam dunia blog ni??

Ade lagi ke silent reader yg dulu rajinnnn sesangat mengikuti perkembangan Zara dari lahir sampai la besar? Ade tak??

Ce tinggalkan comment kat ruangan ni..
Mommy nak intai page sorang2... 😍🤗

And i know dah ramai yg add mommy kat fb lepas mommy dah x active blogging kan..
Thank you soooo much.. insyaAllah banyak cerita mommy nak share kat sini.
..banyak cerita yg tersimpan rapi tak bertulis...

Kalau dulu mommy banyak sharing parental tips.. baby milestones..
Lepas ni kita sharing pula ttg kids development.. love.. do's and don'ts in married life...hobbies.. secret affairs *jeng jeng jeng*... hahahaha and so many more!

Rasanya jari jemari dah lama x menari nari.. tapiiii nak make sure lah.. ade tak active followers lagi nk baca ni? Nk respond macam dulu dulu.... ade tak??

LOADS of love!!





Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Wednesday, December 30, 2015

#throwback Scha turns 7!

















Alhamdulillah.. everything goes well.
Tq untuk semua tetamu yang hadir, Tq Family inlaws and Tq Loona Team
Tahun ni buat birthday scha di Loona . semua handled by Loona Team, from deco, buskers, foodie, goodies, games and facve painting.

birthday girl happy sangat!
Happy 7th Birthday baby Girl

"Ya Allah panjangkan lah umurnya, jadikanlah anakku anak yg solehah, anak yg bijak, sihatkanlah tubuh badannya, jauhkanlah anakku dari segala bahaya dan penyakit, baikkan lah budi pekertinya, cerahkanlah masa depan nyadan murahkan lah rezekinya.amin:


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Statement Scha yang paling WIN masa cuti cuti hujung tahun 2015.










Sekolah dah nak buka dah.. tinggal kurang dari seminggu.. cuti sekolah ni banyak betul jalan2..
x lekat di rumah. adeee je activity luar. untuk penutup cuti sekolah tahuin 2015 ni, kitorang cuti2 akhir tahun bersama keluarga inlaws. plan asalnya nak ke pantai timur, tapi bila discuss2 takut plak tersangkut kat sana dek kerana musim hujan ni. so bertukar la plan ke.... Putrajaya. hahahaha dekat naw dengan rumah mama! BTHO dlm setengah jam smpai..

Kalini check in di Shang-Ri La putrajaya. Check in pula masa Christmas so cantik la deco2 penuh dgn pokok pokok Christmas. Pool buka smpai 10pm, so ape lagi budak2 ni berendam la sampai ke Malam. tak ramai yg check in sini maybe semua ke luar kota kot. so Pool kami yang punya. hehehe
Stay Shang-Ri La 3D2N, Hari ke 3 tu singgah rumah bro inLaws kat area KLCC so alang2 tu kita tawaf la KLCC jap.. and tetibe scha bagi statement paling WIN tahun ni...

"finally.. I Got My Life Back Mommy!" mommy and daddy dah pandang each other. then mommy tanya.. "what make u say that kakak?"kakak jawab " this is my life. here is my life. not Melaka!"

hahahahaha sian la anak mommy. dari kecik dok KL.. tetibe dok melaka yeh.. hehehe takpe kakak,
InsyaAllah ade rezeki kita pindah la KL balik ye sayang..



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, December 1, 2015

Gossip Girls!






Scha and Yaya.. kalau dah berjumpa.. haaaaaa dah x kisah dah bende lain.. hahaha sungguh Mak Jemah!... ye la jumpa sebulan sekali.. takpun kalau mommy2 bz dua bulan or tiga bulan baru la nak berjumpa... so banyak la cerita nk share.. scha n yaya dah berkawan dari sejak lahir.. haha nama pun mommy n auntie areen BFF sejak tahun awal di UiTM shah alam. semoga persahabatan ni kekal selamanya. aminn


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Happy 7th birthday scha sayang

Happy 7th Birthday Scha Sayang.

Harini genap umur scha 7 tahun..

we got Surprise cake for her while having dinner. tersengeh2 bila nampak cake. hehe adik pun biasala org yg paling happy bila ada cake n birthday song!

Happy 7th birthday baby girl
Ya Allah panjangkanlah umurnya, jadikan dia anak yang solehah, anak yang bijak, sihatkanlah tubuh badannya, baikkan lah budi pekertinya, murahkanlah rezekinya.. amin

Dah beberapa tahun skip buat birthday party scha. so this year plan nak buat birthday party utk scha.. kecil kecilan je.. x de la mcm tahun2 sudah siap bercanopy bagai huhu.. insyaAllah this yr kita buat di Loona Boutique & Cafe Malacca .. ;) insyaAllah semoga berjalan lancar semuanya

link bawah ni utk tgk vid scha dpt cake ;)

https://www.facebook.com/hasmyra.hassan/videos/10153365274384385/

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, November 16, 2015

marble cake gebu gebas!

harini kat melaka hujan lebattt sangat. sampaikan nk ambil scha balik sekolah tadi stuck dlm jam satu jam lebih. jalan sana sini bergerak mcm semut. dah la sekolahnya jauh.. nak ke sekolah je amik masa dlm 40 min balik 40 min.. huhuhu selama setahun mommy gagahkan jua sebab kan nak sekolah yg paling TOP di Melaka bahkan sekolah ke 6 terbaik di malaysia... tapi apakan daya rasanya thn depan x larat dah.. hahahaha jauh nau nau!! so maybe thn depan dah start sekolah dekat dekat sikit ngan rumah so boleh la scha bangun lewat skit. kalau tak sekarang 5.30 dah bangun sbb kene smpai sekolah sebelum pk;l 7 sbb murid muslim ade tasmed. eh japppp bkn nk cite psl sekolah ni... arini nk share recipe buat ptg td..



marble cake gebu gebas!
bahan bahan:
sebuku butter
170grm gula castor ( mommy guna brown sugar)
170grm tepung cake / tepung gandum
5 bj telur
1sb baking powder
3sb susu
1sb esen vanila
4-5 sb koko

cara cara:
pukul butter dan gula. masuk kan esen vanilla.. kemudian telur satu persatu.
masuk kan tepung. pukul smpai kembang. bahagi kan 2 bekas satu bekas campurkan koko. pastu tuang dlm loyang, tarik2 atas adunan tu dgn lidi. bakar dlm suhu 170c selama dlm 30 min






 Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Roti jala sedap!

nak kongsi recipe roti jala sedap! serious sangat senang nk buat. recipe ni pon dr blog kak azie kitchen! tq kak azie banyak kopngsi recipe ;) ( x kenal pun orgnya tapi banyak kali cuba resepinya)


Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. mula lah menjala smpai habis ;)



koitcheBibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, August 31, 2015

Express fryingpan pizza






sape suka pizza???? tapi mesti rasa mcm lecehnya nak buattt kann??
naaahhhhhh korang tau tak sebenarnya nkl buat pizza senang sgt!! just took about all 5-10 min je..,
thenn.. taraaa dah siap... ok meh nk share..

kenapa nama dia fryingpan pizza?? jawapan nyaaa sebab masak dlm fryingpan! x guna oven pon.

bahan bahan doh : dua tepung naik sendiri atau tepung gandum
satu sudu teh dry mauripan atau baking soida pon boleh
secubit garam
air

toping pizza: button mushroom hiris
tomato hiris
sosej hiris
tomato preego, 
kalau xde guna tomato puree
 kalau xde guna sos cili thai, kalau xde jugak gune sos cili biasa
mozarella cheese, kalau de guna mushroom soup yg pekat tu

cara2: satukan semua bahan doh dlm non stick pan, kacau2 smpai kental, pastu penyek2kan seratakan. pastu buatkan layer tomato sos tu.. then hias2 topis bergilir2.;last skali taburkan cheese atau mushroom soup tu. dah siap semua letak pan atas dapur dgn api perlahan. tutupkan pan and masak selama 5-10 min mengikut ketebalan doh., dah siapppppp

senangkan..

selamat mencuba


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Evening with Dinasour



Roarssssss...

sampai je ke Dinasour Park ayish dah berlari ketakutan!..
hahaha mana taknya.. selama ni dok ulang2 cite Jurassic Park.. dino makan orang tetibe ade dinasour depan mata besar and bergerak!! hahahaha mengelabah lari terjerit jerit.. agaknya rasa dinasour nk makan dia., hehehehe



 Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, August 28, 2015

i cooked

Kebiasaanya... di setiap hari minggu kami breakfast diluar.. jaranggggggg sangat breakfast dirumah.. tapi last week mommy terrajin nak buat breakfast.. bukan 1.. tapi pelbagai menu utk bfast. ;)


Ada chicken pie.. ada mushroom spiral, baked cheese macaroni and grilled potatoes.. haaa banyakn kan??


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Education: sand play activities early years



IT'S A SAND PLAY DAY!



What Can Children Learn From Playing in Sand?

Children have always been intrigued by sand play. They dig in sand, sift it, build with it, pour it, enjoy the feel and smell of it, pretend with it, and explore how it moves. 



Sand play promotes physical development. Large muscle skills develop as children dig, pour, sift, scoop, and clean up spills with brush and dustpan. Eye-hand coordination and small muscle control improve as children learn to manipulate sand accessories.
Sand play also promotes social skills. When children work together at the sand table they are faced with real problems that require sharing, compromising, and negotiating. A group may engage in dramatic play as they "cook," construct roadways, dig tunnels, or create a zoo for rubber animals. As children take on roles associated with their dramatic play, they learn important social skills such as empathy and perspective taking.



note: article from earlychilhoodnews.com

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥