jom click!!

Friday, February 10, 2017

Resepi salted egg butter crab


Hello..so sorry.. mommy dah upload awal2 dekat ig and said recipe di blog tapi x berkesempatan nk berblog semalam.. and today my dear friend dah tanya mana recipe cari tak jumpa πŸ˜‚ sorry syg...

Ok ni recipe creamy salted egg butter crab.

Bahan bahan:
Ketam (mommy buat 4 ekor, siap2 cuci)
Tepung jagung
Telur masin 4 biji (rebus smpai masak, kemudian hancurkan)
Butter (setengah)
Susu cair 1 tin
Garlic 5 ulas chopped
Bawang besar 1 chopped
Cili padi ikut suka
Daun kari
Serbuk cili utk merahkan (xde pon xpe)

Cara cara:
Gaulkan ketam dengan tepung jagung. Gorengkan sekejap smpai brown.. angkat dan asingkan. Guna minyak sikit je tau. Guna pan yg sama, bahagikan minyak 2 bahagian, masuk kan butter.
Tumiskan garlic smpai perang. Masukkan bawang besar dan cilipadi. Masuk ketam. Tuangkan susu cair dan daun kari. Gaul2 rata. Masuk kan telur masin yg kita dah hancurkan tadi. X perlu masuk garam ya sebab dah masin. masuk kan serbuk cili utk cantik kan warna. Gaul2 smpai kuah dia pekat. Yay dah siap πŸ˜˜πŸ˜‰








Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, February 7, 2017

Cuti chinese new year 2017

Cuti chinese new yr yg lepas kami bercuti ke pahang... so alang2 tu ke gambang water city.. well not bad.. ok la.. hehe kene la dgn harganya...



 Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara








Resepi puding karamel

Puding karamel mmg menjadi all time fav family ni... cuma x boleh buat selalu sbb manis.. semalam buat puding ni utk minum petang.. hidangkan berdama green tea.. nyumsss... ok jom tgk bahan2nya.. recipe ni mommy amik dari azie kitchen. Tq kak azie


Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, masukkan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk acuan dan Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 


Resepi mee basah (seafood)

Good morning.. pagi ni daddy request nk mee basah utk bfast.. sepatutnya ni menu mlm semalam.. tapi sebab tiba2 tukar menu so menu ni kita bawa ke pagi...



Seafood Mee Basah

Bahan bahan:
Mee 1 packet
Udang 
Sotong
Kepah
Telur
Bawang putih
Sayur (mommy guna kangkung)
Cili sos
Kicap manis
Cili kering yg di blend
Chicken stock 1.
Minyan untuk menumis.

Cara cara:
Tumis bawang putih yg diketuk. Masukkan satu senduk cili kering. Tumis sehingga masak. Masuk semua seafood. Dlm 3 min, masukkan cili sos 4 sudu makan dan kicap manis secukupnya. Masuk air 2 cawan. Masuk mee. Tambahkan garam, gula dan chicken stock. Pecahkan telur. Last skali masuk kan sayur. Gaul2 skit bagi sayir masak. Jangan gaul kuat2 nanti telur hancur. Ok dah siap 😊

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥