Thursday, October 7, 2021

HAPPY BIRTHDAY LIL MAN! | 9TH BIRTHDAY CELEBRATION

happy 9th birthday anak mommy DARRISH RALPHAEL. dah besar. dah 9 years old. actually birthday thn ni planned nk celebrate awal since ada cousins dia dtg sini.. so mcm biasa mommy bab party2 ni mmg hover!!!... theme thn ni ayish nak halloween theme.. maka bershopee lah mommy segala deco2, outfits kanak2 ni semua.. tempah cake, food semua lah bagai.. ayish pun hari2 counting days to his party!... nak dijadikan cerita... sehari before party, kita dapat perkabaran dari friends yg kita baru jumpa yg diorang husband and wife positive covid.. MasyaAllah... terduduk jap... ye benar.. Kita hanya merancang... allah yg menentukan... Maka..terpaksalah cancel all the activity yg the whole family dah rancang. kids pun apalagi... menangislah.. sedih sbb x jadi party.. x jadi berjumpa dengan cousins semua.. so sad... serious sedih!!.. lamanya menunggu harini.. tetiba diduga hal ni...




mommy qaqa pun hantar vid and photo yg qaqa pun dah moody. monyok the whole day.. ye lah dah plan lama kan.. tetiba x jadi.. kids apa diorang tahu... bilan cancelkan mcm ni.. mengamuk la.. so pujuk punya pujuk.. dia agree yg masa actual birthday nanti kita spend time kat hotel and insyaallah soon kita celebrate semla ngan cousins2 buat belated party.. maka berquarantine lah kita 14 days frm the day yg kita last jumpa our friends tu... kiraan dr hari pertama tu first day! sampai lah hari ke 14 kita ke pantai dan picnic. sbb budak2 ni dah melompat2 ajak keluar. actualy KKM kata 10 days je.. tapi biasalah mommykan paranoid! nk juga habiskan 14 days! ok cerita journey quarantine tu nanti entry lain k.. cemana kehidupan seorang yg komorbid, yg ada masalah jantung. yg kena anxiety attack melalui hari2 sebagai seorang close contact!!! siap on dengan steroid bagai semua. ha nanti mommy cerita. x sampai mood lagi nk bercerita panjang lebar bab tu.. so as usual biasanya kalau checkin kat kl/sel ni.. mmg ke marriot putrajaya aje lah.. mmg x g hotel lain.. but kali ni mcm terpanggil nk try alila bangsar sbb room dia cntik. last time maya celebrate birthday nyle kat situ.. so bincang2 onsz... kat bawah ni ada video kita celebrate birthday ayish and utk review alila hotel ada dekat entry sebelum ni ok..

Tuesday, October 5, 2021

BIRTHDAY STAYCATION AT ALILA BANGSAR

HAPPY BIRTHDAY LIL MAN!
birthday tahun ni sepatutnya buat birthday party awal skit ngan cousins dia.. tapi tetiba kami sekeluarga diduga dengan menjadi "close contact" dengan pesakit covid. jadi semua plan terpaksa cancel. Kita mampu merancang tetapi Allah yg menentukan semuanya kan.. kena selalu ingat tu.. cerita ttg journey quarantine 14 days tu nanti mommy cerita dlm entry yg lain..
Alhamdulillah.. dah lepas dah dugaan semua tu and kami sekeluarga x dijangkiti wabak berkenaan... setelah almost 3 minggu quarantine, kita pun tunaikan lah permintaan birthday boy.. nk staycation on his actual birthdate!.. so kali ni kita stay dekat Alila Bangsar. Alila ni hotel dibawah Hyatt group. 5 star hotel yg berconceptkan ala bali boutique hotel. interior pon ala2 Bali!! love sangat!!!!
satu lagi yg best Alila hotel ni, setiap floor ade lounge area where u can make coffee for your self! and ada snacks juga! hahaha mmg best la kan.. syok la anak anak!
kat bawah ni mommyada masukkan full video stacation utk ralphael tgk balik bila dah besar nanti okay!

Sunday, October 3, 2021

Beach picnic!!! Day Trip to Pantai Morib.

Picnic day!!!! unplanned picnic. kisahnya harini ada power outbreak dekat our condominium. kata management maybe sampai pkl 5 ptg.. asudahh mmg puasla nak mengadap budak2 ni bila x de letrik.. nanti mula la.. ini x betul.. itu x betul.. so daddy decide utk bawa kids keluar.. nak jalan mana covid2 ni? lets PICNIC!!! hahahaha apa lagi melompat la ralphael bila dengar nk ke beach. so sap sap soi angkut je ape yg ada. barang2 camping dah siap semua so capai2 mana yg rsa nk guna . portable stove, fly, portable chair, portable picnic table. yg lain belum nk guna rasanya. so angkut bawak masuk kereta. singgah speed mart. beli frozen food aje jimat masa sbb x plan kan. masa ni jam dah pukul 11.30 dah. matahari dah atas kepala dah sebenarnya. kuatkan jugak hatini tak pe lah x panas kot kita pasang la fly cepat2. ok zasssss maka bergerak la kita ke pantai morib.
sampai terus setup fly.agak mencabar jugak nk dirikan fly sebab pasir pantai yg lembut.. dah siap atur pulak kerusi. buka meja. sediakan tempat masak. masak!! masak ayam ngan nugget je ;p ok dah siap suruh anak2 makan dulu.. lepas makan baru boleh nk buat aktiviti pantai.
haa satu lagi kat pantai ni kadang xde angin so tetiba jadi bahang. korang bawa la portable fan. sangat berguna!.

mommy seperti biasalah, suka pantai! tapi x main pun air laut hehe kita siap masak, duduk minum kopi sambi layan Kdrama ;p hehehe me time gittuhhh.. anak2 dah besar so boleh lepaskan main sendiri, janji nampak depan mata la.. jap pandang kdrama, jap pandang anak2 haa gitula keadaannya.. maka seronok la anak anak harini main kat pantai. dlm pkl 6 dah mula mengemas. dlm 6.30 camtu tetiba awan gelap mari. time ni dah laju2 pack barang, dah turunkan fly. suruh anak2 masuk kereta dulu sbb tetiba jadi ribut! time ni hati dah gelabah dah tapi control depan anak2 jgn tunjuk panic. dlm hati dah kumat kamit baca doa hehe zap zap zap alhamdulillah settle semua masuk kereta and terus pulang ke rumah. maka berakhirlah picnic kami hari ini. next kita bercamping pulak. dah booked tempat. doakan semuanya berjalan lancar ya.. first time camping bawak anak2 ni. sebelum ni layan camping ngan kawan2 office. dulu la.. lama dah x meng'campingkan' diri hehe kalau dulu sampai ke pulau2 gigih g camping. dah ada anak ni banyak sediakan barang2 utk keselesaan anak. kalau diorang x approve camping kang alamat sekali je g camping pastu dah tanak dah camping. so utk our first camping ni kita setup ala2 glamping. kene la gigih mengangkut brg2 utk keselesaaan anak anak. jumpa lagi minggu depan utk update camping pulak! see ya.....

Monday, September 27, 2021

Seharian Berkelah di Pantai Tg Sepat, Pantai Morib

wahhhhhh lama betul x update cerita cerita perkembangan semasa kat blog ni... haritu buka je blog mcm ade virus, buka virus so jadi malas.. last2 rupanya bende alah tu dtg dari coding2 yg banyak sebelum ni.... so i dah buang semua coding and lets start with new one! rasanya lepasni nama blog pun nk kene tukar kot... anak2 semua dah besar . dah x main fairy tales dah.. hehe cerita2 diorang membesar ni ttp ada dlm blog ni.. bosan2 rindu2 boleh baca balik... ok now jom bercerita ttg our latest kegilaan ni.. haha PICNIC!!! dah penat berkurung dlm rumah kan.. bila gov announcement yg fully vaccinated boleh keluar!! apa lagi.. mencarila kita port2 yg x ramai org.. hehe alhamdulillahhhh akhirnya terjumpa la port ni ❤️ seronok aihh xde org! ade la jugak sikit2 org xde la xde org terus! hehe scha & ralph pun apa lagi.. sakan laaa.. so far dah 3 kali kita sampai pantai ni.. lepas ni kita kasi upgrade.. kita camping pula tepi pantai.. now tgh sibuk membeli belah brg2 camping. we actually start from zero! satu brg pun xde.. next update i cerita satu persatu brg2 camping yg kitorang beli k... as for now, i update dulu vid n gambar anak2 picnic Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, February 18, 2019

My Fist Ollie- DARRISH RALPHAEL SKATEBOARDING LESSON MALAYSIA


working out for his assignment - Ollie video to be submit to his coach 💪

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Sunday, December 16, 2018

SKATERBOY - DARRISH RALPHAEL SKATEBOARDING LESSON COMPILATION 2018



my First Ollie




 

 

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

DARRISH RALPHAEL SKATE IN PUTRAJAYA CHALLENGE PARK & SHAH ALAM SKATE PARK








DARRISH RALPHAEL SKATEBOARDING CLASS MONT KIARA




Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

MY SKATEBOARD LESSON ON TV3, MHI 2018




DARRISH RALPHAEL ON TV3

WELL DONE BABY BOY!


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

SKATEBOARDING CLASS





 



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mom
my Zara

RESEPI ROTI PURI



Roti Puri with kari daging for breakfast 😊
Bahan2 roti puri
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

cara2
Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar
Masukkan juga garam
Tuangkan air sedikit-sedikit
Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut
Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit
Ambil sedikit doh agak2 je nk besar mana.
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentuknya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri
goreng dengan minyak banyak ya. mcm goreng donut tu.terbalik2 goreng smpai keperangan. siap 😊

kari daging uolls dah tau buat kan 



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, December 14, 2018

Resepi Butter Cake Paling Mudah dan Sedap


Classic Butter Cake 😍
cake yg paling senang nk buat dan paling sedap makan panas2.
ahkak share recipe kat sini k. brg2 pun xde pelik semua yg ada kat kitchen je
Bahan2
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 penutup esen vanila
4 biji telur
3 sb chocolate powder
Cara2
pukul butter dan gula sampai jadi gebu2 putih. masuk telur satu persatu. masuk esen vanila. masuk tepung yg dah diayak bersama baking powder. mix sampai kembang. bahagikan 2 bahagian satu bahagian lagi di campur dengan chocolate powder. masukkan dlm loyang bergilir (vanila kemudian choc kemudian vanila)
masak di dlm oven suhu 180c selama 40 min ( ikut kepanasan oven masing2)
nk tahu dah masak ke belum cucuk cake dengan lidi. kalau dah xde lekat tu means dah masak. siap!!!! makan panas2 yummyyy

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara




Thursday, December 6, 2018

RESEPI ROTI LEMBUT SAMPAI SEMINGGU

Bread Baking Workshop!.. 

😉 hooray!!! my first student @aimialphykuris berjaya meroti dengan gebunya. pasni boleh meroti slalu kat rumah ye sygku 😍 #rotisaranglebah#cinnamonrolls #pizzabun 


BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu besar ovellet
  • 3 sudu besar susu tepung

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, susu tepung, ovellet, bread improver dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Roti sesukanya hehe
dah siapkan bent, rehatkan smpai kembang. bakar dlm oven shut 180c Selma 15-30 min

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, November 30, 2018

Resepi Fruity Scones








*Bahan2* 
3 cawan tepung naik sendiri
70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan cherry
1/4 cawan raisin 
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam.

*Cara2 nk masak*
1.potong butter kiub kecil2,  Sejukkan sekejap dlm peti ais selama 5 minit. Tujuan nk sejuk kan balik butter tu untuk menjadikan scones tu testur dia ringan. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter..

2. Ramas butter dan tepung ngan hujung jari sampai rupa nyer seperti serbuk roti. Kemudian masukkan cherry dan juga raisin. 
Kemudian gaul2 kan supaya cherry & raisin tu bersalut dengan tepung

3. Dalam bekas lain satukan Susu, telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung td dan tuang campuran susu kedalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.

4. gaul2 ala kadar. jgn gaul mcm doh roti. gaul2 manja je sampai sebati. jadikan doh bulat, tekan2 sikit kemudia boleh potong2 empat segi atau guna acuan bulat2.

5. susun atas tray.  kemudian sapukan kuning telur disebelah atas doh yg sudah disusun

6. dah siap utk dibakar di dalam oven 180° selama 20-25 minit.

7. dah siap sedap makan panas2 bersama cream cheese dan strawberry jam.
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

SKATER BOY






Mommy so proud of you both #zarairisdelisha #darrishralphael . my brave lil tigers! keep on shredding babies! 
skateboarding is uniquely capable of helping kids develop a growth mindset.
Skateboarding accepts that everyone has their own learning pace

“Your basic qualities are things you can cultivate through your efforts…everyone can change and grow through application and experience.” – HBR, Do You Have a Growth Mindset?
.
While other kid mastered riding ramps faster than some of the other kids in his class, those senior kids were faster to master moves like ollying and jumping.
.
Seeing other kids slowly master tricks that had previously been impossible for them had a powerful positive influence on my kid.
.
Good effort deserves praise as much or more than outcome.
He often masters new tasks faster than his peers, for which he gets ample praise.But when the task gets harder and he starts to make mistakes, his motivation flags.
.
Skate culture is super positive and focused on the process of learning.Skaters instinctively encourage each other every step of the way. .


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

BYE BABY SIS









safe flight baby girl. enjoy Istanbul! GONNA MISS YOU SO MUCH

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

JOM PEGI PASAR




Wet market day out 😎

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

COMFY WINDY DAY






IT'S SCHOOL HOLIDAY!!! may I swim everyday mom???
yeah sure baby...but after finish your revision ;)


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Real Orchid For Sale!! Delivery Available








Real Orchid For Sale!!
Price starts from RM180 Per Arrangement.
Cantik kan! Sesuai sgt dijadikan Hadiah utk seseorang.
Bunga bleh tahan smpai 2 bulan tau. Lepas Habis Bunga Nanti Pokok tu boleh berbunga semula
PLS WHATSAPP TO ORDER
01128893791
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

picnic di Pangkalan Balak

We are here in melaka! it's family fun time darling 😍.. having so much fun picnic here at Pengkalan Balak Melaka. Ummi tapaukan nasi lemak bungkus daun pisang, air kotak and jagung rebus. hehe tq ummi.. well, place review? the sand was clean and so much better than Klebang & Tanjung Puteri. ada a bunch of family yg picnic juga so fun la.. ohh tetiba rindu Bali!! Jalan jom! siapa nk join kita p Bali trip? Let's Jom 
last video tu, si hero ni sibuk suh uploadkan video dia kat instagram dia 😂 hadoi la skaterboi ni





enjoying selfie while hubs and kiddos busy swimming. yea m big fans of white sandy beach but not to jump myself into that sticky salty water. hahaha




Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Anniversary!!





(backdated post fab FB)
Today marks our milestones..7 years relationship + 11 years married! total up 18 years being with you 😍
We’ve been through many ups and downs in our relationship. The older we get and the longer we’ve been married the more convinced I am that we were made for each other. Thank you for being all I could ever want in a husband! 

Happy 11th Anniversary My Dear Husband  
... and still counting..


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

RESEPI PAJERI TERUNG




lamanya x masak pajeri terung.. sejak mama pergi rasanya x pernah buat dah pajeri terung.. beberapa hari sebelum mama kena stroke, mama minta buat pajeri terung.. tapi x sempat2 nk buat sbb asik keluar pagi blk mlm.. 😭😭😭 x sempat mama nk makan pajeri terung kaklong buat...
mommy share recipe kat sini k tuk sesapa yg teringin nk makan pajeri terung. biasanya time bulan puasa je banyak jual 😁 dah siap2 masak nk bawa g rumah babah. lunch kat sana
Bahan bahan:
4-5 biji terung - belah 2 tak putus
2 paket kecil rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
garam
kiup ikan bilis
3 sudu besar gula
kayu manis 1 dan 3 bunga lawang
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit udang kering
Cara cara:
goreng terung smpai separuh masak. Tumis kayu manis dan hunga lawang dan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan air. kacau rata. Masukkan kerisik, garam, gula, kiup bilis supaya kesemua sekali masak mesra.
Akhir sekali, masukkan terung golek2 siap.

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, November 23, 2018

RESEPI DONUT BOMBOLONI DAN GLAZE DONUT



Donut Day! glaze donut & peanut butter choc bomboloni..
teringinnya donut bomboloni nad_partyncakes jauh nun di melaka. frische_donut pun nun jauh bkt jelutung. so kita google ajelah recipe. tadaaa jadilah donut utk minum ptg. 

Bagi jiran sebelah skit, bawa turun lobby bagi kawan2 scha & darrish makan2 smbil main kat playground. picnic donut bak kata darrish. rezeki kita kongsi sama2 😍


Ok jom tengok Recipe Donut Gebu Ni

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam




CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut. Terapkan comel-comel. 
6. Gorengkan. Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
7. Salut Gula. Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor. 
Untuk glaze donut, bancuhkan icing sugar dengan fresh milk. gaul2 sampai melekit. donut2 yg dah siap goreng bleh salutkan kesemuanya kedalam glaze ni dan angkat dan toskan atas jaring besi.
Untuk Bomboloni, terapkan bulat2 mcm buat scones. tunggu smpai kembang. pastu boleh goreng. Kemuadian Sejukkan Bomboloni tu, bila dah Sejuk golek2 kan dlm caster sugar, kemudian buatkan lubang guna belakang sudip yg bulat kecik tu, akhir skali pipekan filling ke dalam bomboloni tu. dah siap ;)


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥