Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, December 16, 2018

RESEPI ROTI PURI



Roti Puri with kari daging for breakfast 😊
Bahan2 roti puri
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
1 sudu teh minyak sapi atau minyak jagung atau minyak masak

cara2
Masukkan tepung ke dalam bekas yang besar
Masukkan juga garam
Tuangkan air sedikit-sedikit
Uli adunan hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada bekas dan tangan
Kemudian letakkan minyak sapi atau minyak makan
Uli lagi hingga doh lembut
Tutup dengan kain dan perap sekejap dalam 20 minit
Ambil sedikit doh agak2 je nk besar mana.
Canai doh nipis
Buat sehingga semua adunan habis.
Bentuknya tak kisahlah kan kalau nak cantik buat bulat-bulat
Bila dah siap sekarang bolehlah kita mengoreng puri
goreng dengan minyak banyak ya. mcm goreng donut tu.terbalik2 goreng smpai keperangan. siap 😊

kari daging uolls dah tau buat kan 



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, December 14, 2018

Resepi Butter Cake Paling Mudah dan Sedap


Classic Butter Cake 😍
cake yg paling senang nk buat dan paling sedap makan panas2.
ahkak share recipe kat sini k. brg2 pun xde pelik semua yg ada kat kitchen je
Bahan2
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 penutup esen vanila
4 biji telur
3 sb chocolate powder
Cara2
pukul butter dan gula sampai jadi gebu2 putih. masuk telur satu persatu. masuk esen vanila. masuk tepung yg dah diayak bersama baking powder. mix sampai kembang. bahagikan 2 bahagian satu bahagian lagi di campur dengan chocolate powder. masukkan dlm loyang bergilir (vanila kemudian choc kemudian vanila)
masak di dlm oven suhu 180c selama 40 min ( ikut kepanasan oven masing2)
nk tahu dah masak ke belum cucuk cake dengan lidi. kalau dah xde lekat tu means dah masak. siap!!!! makan panas2 yummyyy

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara




Thursday, December 6, 2018

RESEPI ROTI LEMBUT SAMPAI SEMINGGU

Bread Baking Workshop!.. 

😉 hooray!!! my first student @aimialphykuris berjaya meroti dengan gebunya. pasni boleh meroti slalu kat rumah ye sygku 😍 #rotisaranglebah#cinnamonrolls #pizzabun 


BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu besar ovellet
  • 3 sudu besar susu tepung

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, susu tepung, ovellet, bread improver dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Roti sesukanya hehe
dah siapkan bent, rehatkan smpai kembang. bakar dlm oven shut 180c Selma 15-30 min

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, November 30, 2018

RESEPI PAJERI TERUNG




lamanya x masak pajeri terung.. sejak mama pergi rasanya x pernah buat dah pajeri terung.. beberapa hari sebelum mama kena stroke, mama minta buat pajeri terung.. tapi x sempat2 nk buat sbb asik keluar pagi blk mlm.. 😭😭😭 x sempat mama nk makan pajeri terung kaklong buat...
mommy share recipe kat sini k tuk sesapa yg teringin nk makan pajeri terung. biasanya time bulan puasa je banyak jual 😁 dah siap2 masak nk bawa g rumah babah. lunch kat sana
Bahan bahan:
4-5 biji terung - belah 2 tak putus
2 paket kecil rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
garam
kiup ikan bilis
3 sudu besar gula
kayu manis 1 dan 3 bunga lawang
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit udang kering
Cara cara:
goreng terung smpai separuh masak. Tumis kayu manis dan hunga lawang dan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan air. kacau rata. Masukkan kerisik, garam, gula, kiup bilis supaya kesemua sekali masak mesra.
Akhir sekali, masukkan terung golek2 siap.

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, November 23, 2018

RESEPI DONUT BOMBOLONI DAN GLAZE DONUT



Donut Day! glaze donut & peanut butter choc bomboloni..
teringinnya donut bomboloni nad_partyncakes jauh nun di melaka. frische_donut pun nun jauh bkt jelutung. so kita google ajelah recipe. tadaaa jadilah donut utk minum ptg. 

Bagi jiran sebelah skit, bawa turun lobby bagi kawan2 scha & darrish makan2 smbil main kat playground. picnic donut bak kata darrish. rezeki kita kongsi sama2 😍


Ok jom tengok Recipe Donut Gebu Ni

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam




CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut. Terapkan comel-comel. 
6. Gorengkan. Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
7. Salut Gula. Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor. 
Untuk glaze donut, bancuhkan icing sugar dengan fresh milk. gaul2 sampai melekit. donut2 yg dah siap goreng bleh salutkan kesemuanya kedalam glaze ni dan angkat dan toskan atas jaring besi.
Untuk Bomboloni, terapkan bulat2 mcm buat scones. tunggu smpai kembang. pastu boleh goreng. Kemuadian Sejukkan Bomboloni tu, bila dah Sejuk golek2 kan dlm caster sugar, kemudian buatkan lubang guna belakang sudip yg bulat kecik tu, akhir skali pipekan filling ke dalam bomboloni tu. dah siap ;)


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, October 23, 2018

Resepi Udang Galah Rompin Warisan Mama


Sedapnya udang galah!!!! Paling best kalau mama masak.. ;(
walaupun mama dah x ada,tapi recipe2 mama banyak yg dah turunkan kat Anak2,
antaranya resepi udang galah mama ;) JOM  TRY.. gerenti SEDAP

BAHAN2:
UDANG GALAH 1KG
CILI KERING YG DIKISAR
BAWANG PUTIH 1 LABU - blend
HALIA 3 INCI- blend
SOS CILI 2 SUDU
SANTAN 1 KOTAK
GARAM
GULA
CARA2:
Tumiskan bahan blender smpai perang. masuk cili blender. dah masak masukkan udang. gaul2 smpai agak masak. masukkan cili sos dan santan. perisakan dengan garam dan gula tu lebihkan sikit.
gaul2 siap! 



(pics from google)
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Thursday, August 2, 2018

Resepi Nasi Ayam Mommy Yang Gerenti Sedap

harini sebelum p school darrish dah request nk makan apa..
"mommy.. boleh tak ayish nk pulut"
"eh semalam dah pulut takan harini pulut lagi"
"ok lah mommy cook utk ayish nasi ayam lah.. ayish suke la nasi ayam plss mommy plssss"

so akhirnya mommy pun masak la ikut yg darrish request. selalu kalau dia nk makan nasi ayam mommy beli je 😁

Resepi Nasi Ayam Mommy ;)

rebus ayam yg dipotong 4. ketuk halia 2 inci 3pcs, garlic 5 ulas. tambah garam & 1 chicken cube.

Nasi: cincang2 garlic 3 ulas,  halia 2 inci, bawang merah 3 biji. tumis dengan planta 4 sudu. toskan beras dan masuk kan bahan tumis tadi dan air rebusan ayam utk sup tadi.

Ayam: toskan ayam yg direbus tadi. letak dlm mangkuk besar, masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis, honey, kicap pekat..x yah buh garam dah sbb ayam dah masuk masa rebus. gaul2 dan toskan. kicap ni boleh buat kicap utk nasi ayam

Sambal cili: blend 3 lada merah, 3 cili padi, 2 ulas bawang putih dan 1 tomato. masukkan 2 senduk sup. tambah gula satu sudu.

selamat masak nasi ayam 😊







Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Thursday, May 31, 2018

Resepi laksa lemak Kelatan yang gerenti sedap



UNTUK 1 KG LAKSA

Bahan Kuah:
2 kg ikan sardin - rebus dengan asam keping dan garam. ambik isi dan kisar
1 kg santan
6 biji bawang merah-blend
3 ulas bawang putih - blend
2 inci halia- blend
3 inci lengkuas - ketuk
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
Garam
Secubit gula
3 keping asam keping
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau.

Masak sehingga mendidih dan sesuaikan rasa. Boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Bahan Ulaman:-hiris halus
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh

Sambal Cili
Cili kering - rebus dan tos
Garam

Tumbuk sehingga lumat.

Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam pinggan atau mangkuk.
Tuangkan kuah secukupnya.
Letakkan ulam ulaman dan sedikit sambal cili kering

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, May 21, 2018

Resepi daging salai masak lemak negeri sembilan




Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan utama :
  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • 2 inch lengkuas diketuk
  • 2 inch halia diketuk
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor
  • Bahan-bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

RESEPI MARTABAK TELUR INDONESIA



Bahan Kulit Martabak:

  1. 100 gr tepung gandum
  2. 75 ml air 
  3. 2 sdm minyak goreng
  4. garam sesuai selera
  5. 500 ml minyak goreng untuk merendam adonan kulit 

Bahan Isi Martabak:

  1. 300 gr daging 
  2. 100 gr bawang bombay, cincang halus
  3. 4 buah bawang putih, haluskan 
  4. 6 batang daun bawang, iris menyerong halus
  5. 6 biji telur 
  6. 2 sudu kari
  7. 1 sdt gula pasir 
  8. 2 sdt garam

Cara Membuat:

  1. Adonan Kulit Martabak : Campur tepung terigu dan garam, aduk hinggak rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuleni hingga adonan tercampur rata. 
  2. Tambahkan minyak goreng, uleni kembali sampai adonan kalis ( tidak lengket di tangan). Sisihkan. 
  3. Bagi adonan menjadi 2 bagian, bulatkan. Rendam dalam minyak goreng selama 2 jam. 
  4. (Pastikan semua adonan benar2 terendam. Jangan kuatir, minyak akan tetap bersih dan bisa anda gunakan lagi). 

  1. Bahan Isi Martabak : Tumis bawang putih dan bawang bombay cincang dengan api sedang hingga matang dan berbau harum.
  2. Masukkan daging cincang, aduk2 sampai daging berubah warna. 
  3. Tambahkan merica bubuk, bubuk kari, garam dan gula pasir. Aduk rata. 
  4. Cicipi, jika perlu tambahkan garam atau gula sesuai selera. 
  5. Tambahkan 1/2 bagian ( 2 batang daun bawang iris). Aduk rata.
  6. Teruskan menumis hingga air dari daging agak menyusut dan daun bawang agak layu. Angkat dari api.
  7. Panaskan sedikit minyak, kocok lepas 2 telur dan buat orak-arik telur. Sisihkan.

  1. Membuat Kulit Martabak: Ambil satu bagian adonan, pipihkan dengan telapak tangan atau dengan gilingan kayu hingga melebar. 
  2. Pegang kedua ujung adonan, putar dari sisi kiri ke kanan berulang-ulang ( seperti penjual martabak kalau anda bisa trik ini ;-.)
  3. (Atau cara saya : Pegang salah satu sisi adonan kemudian tarik ke sisi luar untuk ke 4 sisi secara bergantian sampai terbentuk adonan yang tipis dan transparan). 

  1. Penyelesaian : Siapkan mangkok, kocok 4 telur di dalamnya. Tambahkan tumisan bahan isi martabak, irisan daun bawang dan orak-arik telur. 
  2. Panaskan 3 sdm minyak goreng di dalam wajan martabak atau wajan datar ukuran besar. 
  3. Letakkan kulit martabak, tambahkan 1/2 campuran isi martabak di tengah2 kulit, ratakan. 
  4. Lipat kulit martabak seperti lipatan amplop atau lipat sesuai selera anda hingga semua bagian isi terbungkus kulit. 
  5. Goreng sambil dibolak-balik hingga isi matang dan kedua sisi kulit berwarna kekuningan. Angkat. 
  6. Jika perlu gunakan tissue dapur untuk menyerap kelebihan minyak.

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

RESEPI PAPRIK SOTONG




RESEPI PAPRIK SOTONG SIMPLE GILA (Resepi dari Chef Restoran Siam)
serius terliur 
Bahan-bahan utama: 
Sotong
Carrot
Putik jagung
Kacang panjang
Daun limau purut
Cili merah 
Bahan Tumis:
Bawang putih
Cili api
Cili kisar
Serai
.
Sos cili
Sos tiram
Sedikit gula
Garam(jika perlu)


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Ikan Goreng Balado Stail Minang




Ikan Goreng Balado Stail Minang


Bahan bahan:
 ikan - lumur garam kunyit
10 biji cili merah
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 keping asam keping/air asam jawa
Garam
Gula

Cara cara:
Goreng ikan sehingga garing dan angkat serta ketepikan.

Tumbuk/kisar cili dan bawang merah sehingga hancur. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. 

Masukkan asam keping, garam dan gula serta sedikit air. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul rata.
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Resepi Creamy Butter Crab



Creamy Butter Crab


Bahan bahan;
1 1/2 kg ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning - cincang
2 1/2 sudu besar/8-10 ulas bawang putih - cincang 
20 helai daun kari - saya letak lebih
10 - 12 tangkai cili padi - hiris
3 sudu besar butter
1 1/2 tin susu cair - guna 2 tin
1 - 1 1/2 sudu besar gula
Garam secukupnya
Minyak masak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara cara:
Ketam dibuang kulit dan sponge di badannya, basuh dan dipotong dua dan tos. 
Panaskan sedikit minyak. Masukkan butter dan sehingga cair. Tujuan guna minyak masak supaya butter tidak cepat hangit bila digoreng terlalu lama

Masukkan bawang putih kisar. Kacau sehingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar cincang. Setelah sedikit layu, masukkan daun kari dan cili padi.

Masukkan pula susu sejat, sedikit garam dan gula. Bila kuah telah mendidih, baru masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan. Pastikan telah mendidih dulu ya.

Akhir sekali masukkan ketam. Boleh juga guna udang atau ayam. Tapi jika menggunakan ayam, goreng ayam terlebih dahulu. Kacau seketika sehingga ketam masak, sedia untuk dihidangkan.




.Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥