Tuesday, April 5, 2011

mari buat jus roselle dan ketaahui khasiatnya ;)


tiba2 mommy rajin nk buat homemade roselle juice... yummy!
sedap mcm ribena.. sascha panggil air rose. sbb color dia merah ;)
tp amat la berbeza kandungan nya, kalau sirap rose tu pewarna yg lebih.. tapi jus roselle bukan saja merah semula jadi. tapi banyak khasiatnya.. ni khasiat2 roselle yg mommy jumpa dr encik google...

Khasiat Roselle


ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk:
* Menyegar & mengembalikan tenaga * Menghilangkan selsema & sakit tekak * Meredakan batuk & mencairkan kahak * Menyihatkan & mencerdaskan minda * Mengurangkan stress & sukar tidur * Mencegah kanser & penyakit kronik * Menstabilkan tekanan darah tinggi * Meningkatkan daya tahan tubuh * Membantu proses pencernaan * Mencantikkan kulit & awet muda * Mengurangkan kolesterol yang berlebihan

NUTRISI ROSELLE


Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3.

Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE
Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.


so mommies.. ape lagi, beli fresh roselle, rebus amik patinya ;) buat air then bg our kiddos minum kita pun bagus amalkan..

*mommy petik kat rumah oma je, sbb oma rajin tanam pokok roselle ;) thank you mama!

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥