jom click!!

Friday, August 25, 2017

SEMBANG MOMMY MIA!!




HI SEMUA... MOMMY NOW DAH JARANG SGT ACTIVE DI BLOG.. TAPIII NOW MOMMY DAH ACTIVE DI FANPAGE FB!!... JOM BACA CELOTEH MOMMY DI

jom follow fan page mommy utk berbagai cerita menarik, TIPS2 hebat, petua mak mak dahulu kala dan kengkadang tu cerita2 sensuais artis ;p



jom la... kita tukar2 cerita kat sana ;)


see ya!

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, August 4, 2017

Resepi kuih lopes Traditional... Kuih Lopes berbalut dan pisang


Kuih lopes tersangat la popular masa bulan Ramadhan... salah satu kuih wajib beli kat baazar ramahdan masa awal2 bulan puasa..

Tapi kebiasaan yg kita tgk kuih lopes yg warna hijau tu.. berbentuk 3 segi..disaluti kelapa.. rasanya semua pun selalu tgk kuih lopes mcm tu kan...


alkisah minggu lepas sis buat kenduri.. order kuib lopes ngan satu makcik kat Malim Melaka. sampai2 je kuih lopes tu.. mcm pelik je.. kuih lopes tu berbalut daun. kelapa nya diasingkan.. tanya punya tanya baru ta tahu dulu2 org buat kuih lopes mmg mcm tu.. berbalut daun dan dikukus... hehe jakunnya!!



rasa lebih kurang sama.. rupa pula nampak mcm manis.. tapi lemak2 masin.. bila nk makan baru buka balutan daun tu golek2 ngan kelapa then makan dengan air gula melaka..


bawah ni mommy amik resepi dlm blog Tie

Bahan-bahannya ialah:
  1. Beras pulut – 2 cawan, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya sejam
  2. Kelapa parut yang putih je… digaul dengan sedikit garam
  3. Daun pisang yang disiat selebar 4-5 jari, basuh dulu laa…
  4. Daun pandan, untuk dimasukkan dalam air untuk merebus lopes tu.. supaya wangi
  5. Gula melaka cair, ambil beberapa ketul, tambah air sikit, dan masak hingga semuanya cair. Tapi hati-hati, sebab kalau leka, gula melaka akan hangus la pulak.
Caranya :
Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti yang Tie tunjukkan di bawah ni, ya…
.


Lepas tu, susun lopes yang dah dicucuk lidi, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..
.
.
.
Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!
.
.


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥