Showing posts with label Cukur Jambul. Show all posts
Showing posts with label Cukur Jambul. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

Majlis Berendoi (cukur jambul & Akikah)









Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana Majis yang dirancang berjalan dengan selamat dan sempurna. Ramai kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga datang bertandang ke Majlis cukur jambul & Akikah puteri kesayangan kami. tepat pukul 9.30am majlis bermula dengan bacaan surah yasin dan tahalil, kemudian bersambung dengan Doa selamat bg menandakan kesyukuran kami ZARA selamat dilahirkan kedunia, kemudian disambung pula dengan acara cukur jambul, jejak tanah dan berendoi.. mase berendoi sebak dadaku mendengar bait bait baris syair yang didendangkan antaranya " Ayuhai anakku paras gemilang, kepada ibumu hendaklah sayang, mendidik engkau bukanlah senang, tidur tak lena makan tak kenyang" dan panjang lagi.. kesemua acara tamat pada pukul 12.00pm. Tetamu mahaban dijamu bersama2 tetamu yang lain yang tak henti kunjung sampai la malam. Alhamdulillah.. syukur aku kepada Allah s.w.t... terima kasih kepada semua adik2ku.. kakak dan abag iparku, tok, auntie2 & uncle yang datang lebih awal dari hari majlis untuk menolong..hubby yg banyak buat keje.. dan terutama mama dan abah yang telah bertungkus lumus x tido malam dan memasak kari kambing yg amat sedap dan yang telah mensponsor kos kesemuanya (tidak termasuk kambing akikah.. tu kene le en hubby yg sponsor.. hehehe) .. pada awin time kasih kerana menjadi mak andam of de day n thanks to her hubby Poy.. sbb telah mensponsor dadih dengan buah laici diatasnye.. hehe.. Zillion thanks to all.. tanpa anda semua kemeriahan ini mungkin tidak dapat dikecapi..
semoga bila besar nanti ZARA akan imbau kembali kesemua acara melalui gambar gambar dan mommy hope ZARA tau yang kami semua sayangkan ZARA... kamu permata hati kami semua!
Amin...






Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥