Tuesday, July 26, 2011

Lets baking cakes with cikgu Sascha


tuuudiaaa... cikgu sascha in action.. hehe arini petang mommy tetibe nk baking cakes.. so cari punya cari bekas cake sume besar2 last2 gune muffin cup.. hehe comey sket and senang nk makan amik satu2.. hehehe.. siap bancuh2 adunan tibelah masanya untuk mengisi semua adunan tu dlm muffin cup.. cik sascha pun sibuk la nak menolong sekali..abis2 comot2.. satu cup penuh satu kali calit kat jari masuk mulut.. hahaha belum masak pon sempat masuk mulut dgb alasan " sascha nk rasa la mommy".. hehe.. then masuk oven.. kembang semangkuk you ollz chocolate cake cik sascha ni.. hehehe.. nk menyedapkan lagi mommy cairkan choc and siramkan kat cake tu.. yummy!.. mari layan vid cikgu sascha buat cake. ;)





Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Hye saya Sascha.. saya ada barbie banyak

Mari layan video sascha ;)
Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, July 25, 2011

Ranea Safiya's 2nd Birthday Bash














Ranea Safiya's 2nd Birthday Bash.

Big Barney Theme. The party was super fun especially when the BIG Barney arrived.
Thank You to Bonda and Baba Ranea for inviting us to this colorful party. to Nea sayang happy 2nd birthday to you. Mommy Myra, Daddy Ejan and scha you sooo much.


Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, July 22, 2011

Two GOLF set to let go





masih ingat pinkie golf set yg mommy beli x lama dulu? yes.. i want to let it go.. SEBAB??
hehe x de sebab, sayang tgk golf set tu jadi perhiasan kat rumah.. nanti lama2 biarkan berkarat pulak jadinya.. oleh itu mommy amik keputusan untuk let go pada sesiapa yg berminat. not 1 set tapi 2 set. satu lagi daddy punya golf set. Most of the clubs masih dlm plastic wrap.. and only use for few times je.. so berbaloi baloi kalau beli.. just like NEW!...

here is the details:-
I have 2 golf set that was bought about a year ago that I would like to sell
to anyone interested.In Excellent Condition. seldom use item .

1. Mizuno Efil Pink Golf Set. (Limited Edition)
Year bought: early 2010
Colour: Hot Pink
Clubs condition:BRAND NEW complete set & excellent ! (most of clubs still in
plastic wrap)
seldom use.
11 clubs with Pink Bag.
selling price : RM 2,000

2. Adams Golf
Year bought: early 2010
Colour: Blue
Clubs condition:BRAND NEW complete set & excellent !
seldom use.
11 clubs with Blue black Bag.
selling price : RM 1,000

HURRY! while offer lasts...each only one unit!!

sesiapa yg berminat sila hibungi mommy by email ya.
hasmira.hassan@gmail.com
thank you ;)

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban 2011 | Keistimewaan bulan Syaaban
BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.

Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.

Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
Sumber : www.bharian.com.

Monday, July 11, 2011

Makan Durian & Ubat mabuk ke?


Cuti ke kampung di Melaka kali ni, kami kenduri Durian... hehehe mula2 mommy tahan2 tamo join sbb batuk baru nk baik.. masuk second day dah x bley tahan.. Makngah plak bawak balik durian baru gugur.. aduii akhirnya tewas juga dek penangan Raja buah ni.. baunya x yah kata la satu rumah harum semerbak ngan bau Durian.. hehe sascha la yg paling happy buah feveret depan mata.. " Mommy.. banyak nye buah duyan.. sascha nak la".. hehe first day 4 ulas, second day 3 ulas last day 5 ulas.. hehehe.. smpai muntah durian la si sascha..

hari yg mommy makan duyan tuh.. punya la layan.. smpai 5 ulas sekali adap.. duyan nye oren2.. besar2.. kenyang makan duyan.. mmg best! thank you makngah. tapi... bab yg x bestnya.. mlm tu dlm pkl 1am mommy pening kepala.. berdenyut2 rasa.. nk telan ubat kang takut plak org2 tua2 kata makan duyan dgn ubat bleh mabuk.. terpaksala tahan smpai pkl 3 pg.. tapi last2 dah x bleh tahan.. amik hp bukak google cari info psl durian dan ubat.. adehhhhh sekali mommy baca blog sorang doctor ni bg tau x de istilah memabukkan makan durian dengan ubat, nak telan ubat dekali ngan durian pun x pe.. erkkkkk... ape lagi terus mommy cari pain killer, telan, alhamdulillah, x smpai berapa minit sakit kepala hilang... punya la tunggu berjam2 menahan sakit.. hehe dan smpai keesokan harinya mommy x de pon simtom2 mabuk.. hehe alhamdulillah.. berguna juga intenet ni di waktu2 memerlukan.. jadi kesimpulan nya durian dan ubat tidak memabuk kan.. ;)
Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, July 4, 2011

Sunday.. Park Day!


nak main yg mana dulu ya...


yey! bestnya main slide.. ;)


take 5 mommy!.. hehe


yey!.. scha dgn muka yg penuh expression


nak lompat ke tanak yer.. hmmm


nak balik daaa.. babai..

Kebiasaan nya setiap ahad, mommy n daddy akan bawa scha ke park untuk main2.. tapi sejak mommy x sihat dah 3 minggu x pegi park.. so last weekend mommy n daddy bawak scha pegi park.. berpeluh2 scha main. hehe
Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Keluar setelah 3 minggu berkurung dirumah






Seletah berminggu2 berkurung kat rumah.. akhirnya mommy keluar juga berjalan2.. hehe ala x pegi mana pun.. pegi beli barang dapur je kat Mall baru tu.. ape ntah nama nya. kebetulan kat situ ada Giant. so soping la barang dapur terus.. ;)

P/s: akibat denggi dan x makan 2 minggu, mommy dah loose weight sket. sikit je la x banyak pon.. hehe ok la dari terus terusan mengembang ;p. hehe
Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Fenomena Hana Tajima

Hehe sane sini semua org sibuk pakai shawl hana tajima style.. so this is my first time cuba pakai shawl style hana tajima. hehehe. well.. ok lah. sekali sekala mencari kelainan. ;).. HanaTajima ni kacukan Ingeris dan Jepun. stay kat UK.. jom tgk gambar2 Hana Tajima yg comel ni..
bnyak tutorial dlam pemakaian pashima ni... nanti mommy try satu2.. hehehe ;)

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Demam Denggi



Mommy diserang Denggi!!.. about a week warded kat hospital.. ;(
2 minggu demam. semua sendi rasa nk putus. 2 minggu x makan. makan je muntah balik..
but.....

Alhamdulillah now mommy dah sihat. tapi sumpah dah fobia dgn nyamuk. nampak nyamuk je cepat2 cr spay nyamuk... denggi bukan mcm demam biasa. demam biasa tu setakat pening2.. sakit badan.. tapi denggi. semua sendi rasa nk putus. selera mmg total out. apa yg masuk dlm perut sure keluar balik. x kira la makanan atau minuman.. penyudahnya warded sbb badan dah dehydrated.. seminggu mommy kat hospital... eeee masa tu setiap hari mommy tanya doc boleh balik dah ke. sbb dah boring kat situ.. hehe..

scha pula jadi seorang yg sangat baik. seminggu scha tdo ngan daddy x pun tdo ngan babah gilir2.. scha langsung x merengek masa kat rumah. dia buat2 bz ngan barbie n baby dia. bila org tanya mana mommy scha jawab mommy sakit kat hospital. sian mommy.. walaupun scha x nangis, tapi semua kata muka scha mcm " something missing".. sian scha..

bila mommy da kua hospital, kejap2 scha kiss mommy kejap2 kiss.. hehe rindu agaknya..
hari yg mommy balik tu jugak kementerian dtg fogging kat area rumah.. rupanya bukan mommy je yg kene ade 9 kes denggi kat area rumah tu... padan muka nyamuk2 tu semua mati!!..


to all readers, berhati2 ngan nyamuk aedes.. Tiada Aedes tiada Denggi... hehehe serious sakit taww..

p/s: thanks pada daddy yg dah jaga mommy sepanjang mommy sakit.. smpai daddy pun susut badan.. thanks scha sbb faham keadaan mommy.. scha berdikari sgt.. mommy syg scha.. thanks mama, abah, siblings.. sbb sama2 jaga mommy.. thanks MIL,FIL, SIL & BIL sbb dah datang jauh2 visit mommy. thank you so much!.. thank you friends yg dah dtg visit mommy kat hospital and dirumah.. and thanks juga buat kawan2 semua yg x henti2 send msg,call, fb doa2 kalian...hanya Allah yg dpt membalasnya.. amin.

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥