jom click!!

Tuesday, February 7, 2017

Resepi puding karamel

Puding karamel mmg menjadi all time fav family ni... cuma x boleh buat selalu sbb manis.. semalam buat puding ni utk minum petang.. hidangkan berdama green tea.. nyumsss... ok jom tgk bahan2nya.. recipe ni mommy amik dari azie kitchen. Tq kak azie


Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, masukkan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk acuan dan Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 


2 comments:

mama tisya said...

tk pernh buat..mkn slalu juga hehe

Rara Mia said...

Bila pikir nk buat tu malas.. tapi sbb teringin ounya oasal gagahkan jugak la mengukus. Hehe

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥