Monday, July 24, 2017

Macamana nak tahu pregnant baby girl ke baby boy?




jom kita tgk siapa yang kenaaa... hehehehe tak kisah pon boy atau girl.... tapi ape salahnya kite main teka2..  hehehe Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui melalui ujian ultrasound, namum bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Apa salahnya, boleh menghiburkan hati anda juga.

Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, anda boleh cuba perhatikan tip di bawah ini. Lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan.

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BABY BOY
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.-
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit- 
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh- 
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna- 
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap- 
  • Bentuk perut condong ke arah bawah-
  • Sukakan makanan yang masam dan masin- 
  • Suka makan daging dan keju- 
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk- 
  • Tangan selalu kekeringan- 
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur-
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.- 
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil- 
  • Hidung tampak lebih mekar- 
  • Selalu sakit kepala- 
TANDA BABY GIRL
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan- 
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung-
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan-
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya-
  • Bentuk perut condong ke arah atas-
  • Perut tampak agak lonjong-
  • Mengidam makanan yang manis- 
  • Sukakan buah-buahan-
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam-
  • Anda lebih cerewet semasa hamil-
  • Mudah moody berbanding sebelumnya- 
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil- 
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya-
  • Payudara kelihatan mengembang-
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur- 

well, x kisah la lelaki ke perempuan ke, semua nya ok. yang penting anak tu nanti sempurna segala organ nya, pancainderanya , cantik rupanya, tinggi IQ dan budipekertinya.. semoga proses masa preggy sehingga melahirkan senang dan selamat.aminn

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥