Friday, March 18, 2011

BPA feeding bottles vs BPA Free feeding bottles


Baru2 ni Kerajaan Malaysia dah keluarkan kenyataan yg feeding bottles yg mengandungi BPA akan diharamkan dan diberi tempoh setahun kepada pengeluar produk untuk menukar bahan2 dalam pembuatan feeding bottles ke BPA FREE..

mungkin masyarakat kota dah lama sedar ttg issue ni berbanding dengan masyarakat luar bandar. mungkin juga kerana Brand2 BPA FREE feeding bottles ni x dijual di luar bandar kerana harga yang jauh berbeza.

BPA feeding bottles ni ada dijual di merata2 kedai. boleh didapati dengan harga serendah rm3.00 - RM15.00. yang dlm package 3 bottles RM9.90 pun ada.

BPA FREE feeding bottles plak selalunya dikaitkan dgn brand mcm MAM, AVENT, NUK dll...
yang mana harganya dlm rm 20.00 - rm100.00

*alhamdulillah mommy dari scha kecil mmg pakai BPA FREE feeding bottles. dr kecil pakai AVENT, then tukar ke MAM sbb comel ade flower color2. scha dah ada 4 color then latest NUK Disney. . dulu ade jugak la 1.. 2 beli disney cartoon bottles yg biasa sbb tertarik dgn cartoon dia.but now, NUK dah keluarkan bottles with Disney character printed on it!. ;).. mommy baru je beli NUK Disney Pooh.


Botol susu yang mengandungi BPA:

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam 'wagon'
5. Tiada label 'BPA FREE' pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat 'nombor 7' dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.

Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:

Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas 'bahan makanan' manusia.

Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan 'BPA Free', tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.

Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan 'sarang' telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!

Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan 'pakai buang'. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.

Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai 'Plastik Beracun' kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.

Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:

1. Terdapat label pembungkusan 'BPA Free'
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free

Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. Boleh baca di sini.

Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

Sekarang, apa lagi, mari kita pergi ke dapur dan semak bekas-bekas makanan dan botol masing-masing (^_^)

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

4 comments:

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

good information maommy!

Thank u dear :)

Anonymous said...

tumbler herbalife no 7 botol nyer..hbs cemana k.long?

LINA EVERLYNN said...

blogwalking dkt snie..;) my twin pun pakai avent n mam.hehe

meazara Raphael fairytales said...

mya- thanks babe

cik ano- hehehe ape yg cemane x paham kekeke

lyna- hehe yey! twins? bestnye!! bila la i nk dpt twins plak x susah nk pregnant banyak kali.. hehe

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥