Friday, August 31, 2018

Khasiat Jus Buah Dan Fungsi Untuk Kesihatan

Mesti ramai yang suka minum jus sebab rasanya yang enak dan menyelerakan. Selain itu terdapat banyak khasiat yang tersembunyi disebalik kesedapan jus-jus itu. Di sini saya akan berkongsi khasiat jus buah dan fungsi untuk kesihatan kita.






Jus pembersih tubuh
Manfaat utama daripada jus ini adalah menjaga sistem imunasiasi badan, selain mencegah selesema dan menjadikan kulit bersinar. Jus ini juga sangat baik manfaatnya untuk kesihatan kulit. Selain itu, ia juga memberikan kesan pembersihan pada seluruh tubuh. JUga kaya dengan vitamin C, sangat bagus untuk luka dan kulit.
Bahan: Epal, Oren

Jus menurunkan kolesterol
Jus yang dibuat daripada timun dan epal, terkenal memberi manfaat untuk melawan kanser dan mengurangkan paras kolesterol. Jus ini juga mengurangkan gangguan perut dan sakit kepala. Sebaiknya mula amalkan pengambilan jus ini apabila usia anda memasuki lewat 30-an. Jika anda mengamalkan jus ini setiap hari, maka anda tidak perlu bimbang masalah peningkatan tahap kolesterol.
Bahan: Epal dan timun
Jus penghilang bau mulut
Jus ini khusus untuk orang yang ingin meningkatkan kesihatan kulit. Untuk kesan yang lebih baik gunakanlah epal hijau. Jus ini juga memiliki keistimewaan lain iaitu menghilangkan bau mulut.
Bahan: Epal dan tomato
Jus untuk menurunkan suhu badan
Jus ini sebaiknya diambil ketika suhu badan meningkat . Jus ini akan segera menurunkan suhu badan dan membuat anda berasa lebih selesa. Jus ini juga baik untuk mengatasi bau mulut dan sangat sedap diminum ketika musim panas.
Bahan : Peria dan epal
Jus sihat dan segar
Kombinasi buah-buahan ini menyegarkan mulut anda dan sangat baik untuk kesihatan ginjal. Jus ini juga menghilangkan lebihan garam pada tubuh.
Bahan: Dua biji epal, setengah biji nanas dan sedikit tembikai
Jus vitamin 
Ini resipi jus yang kaya vitamin. Malah, anak-anak juga akan suka dengan jus buah-buahan campur yang mengandungi vitamin C dan B2 ini. Minuman ini juga dapat membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
Bahan: Limau, anggur hitam, nanas dan susu
Berikut saya senaraikan beberapa resepi jus buah serta fungsinya yang boleh dicuba di rumah.
  1. Carrot + Ginger + Apple
    Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..
  2. Apple + Timun + Saderi
    Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
  3. Tomato + Carrot + Apple
    Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
  4. Peria + Apple + Milk
    Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
  5. Orange + Halia + Timun
    Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.
  6. Nanas + Epal + Tembikai
    Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.
  7. Apple + Timun + Kiwi
    Untuk mencerahkan warna kulit .
  8. Pear & Banana
    mengawal kandungan gula.
  9. Carrot + Apple + Pear + Mango
    meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !
  10. Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
    Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan
  11. Betik + Nanas + Susu
    Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.
  12. Pisang + Nanas + Susu
    Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Selamat mencuba!
sumber: maziahismail

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Thursday, August 2, 2018

Resepi Nasi Ayam Mommy Yang Gerenti Sedap

harini sebelum p school darrish dah request nk makan apa..
"mommy.. boleh tak ayish nk pulut"
"eh semalam dah pulut takan harini pulut lagi"
"ok lah mommy cook utk ayish nasi ayam lah.. ayish suke la nasi ayam plss mommy plssss"

so akhirnya mommy pun masak la ikut yg darrish request. selalu kalau dia nk makan nasi ayam mommy beli je 😁

Resepi Nasi Ayam Mommy ;)

rebus ayam yg dipotong 4. ketuk halia 2 inci 3pcs, garlic 5 ulas. tambah garam & 1 chicken cube.

Nasi: cincang2 garlic 3 ulas,  halia 2 inci, bawang merah 3 biji. tumis dengan planta 4 sudu. toskan beras dan masuk kan bahan tumis tadi dan air rebusan ayam utk sup tadi.

Ayam: toskan ayam yg direbus tadi. letak dlm mangkuk besar, masukkan sos tiram, minyak bijan, kicap manis, honey, kicap pekat..x yah buh garam dah sbb ayam dah masuk masa rebus. gaul2 dan toskan. kicap ni boleh buat kicap utk nasi ayam

Sambal cili: blend 3 lada merah, 3 cili padi, 2 ulas bawang putih dan 1 tomato. masukkan 2 senduk sup. tambah gula satu sudu.

selamat masak nasi ayam 😊







Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Chicken Fritters Recipe

minum ptg for kids. chicken fritters #chickenfritters

sediakan bowl besar. masukkan dada ayam potong cube kecil, telur 2 biji,  mixed herb satu sudu besar, tepung jagung 1 cawan, mozarella cheese satu mangkuk. satukan semua and biarkan dlm setengah jam. then boleh goreng dengan olive oil 😊 nyumsss





Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Carbonara Cheese Popiah Resepi

mlm ni semua tanak makan berat2 sbb semua kata dah kenyang.. so mommy buat food yg senang nk makan sambil tgk tv.. carbonara cheese popia.. yay.. #carbonaracheesespopiah
sediakan : prego/cambell mushroom ,garlid racik halus, daging/ayam kisar, mushroom dihiris2, mozarella cheese, kulit popia.
panaskan olive oil sikit. minyak biasa pun boleh je, masuk garlic, masuk daging/ayam kisar, masuk prego/cambell tin tu, masuk mozarella.. gaul2 tutup api. boleh start gulung dan goreng 😍 senang gilerzz kan?? yang pasti sesangat sedap.
kalau rajin boleh buat chilli dip. guna chili boh dlm packet lagi sedap, kalau xde blend cili kering dengan air panas, masukkan dlm periuk, biarkan mendidih, ketuk garlic 2 ulas masuk dlm periuk, masukkan gula pasir 3 sudu dan kalau ada gula merah masukkan 2 sudu tambah garam satu sudu kecil. masak sampai pekat. siap!






Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥