*Bahan2*
3 cawan tepung naik sendiri
70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3/4 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan cherry
1/4 cawan raisin
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam.
*Cara2 nk masak*
1.potong butter kiub kecil2, Sejukkan sekejap dlm peti ais selama 5 minit. Tujuan nk sejuk kan balik butter tu untuk menjadikan scones tu testur dia ringan. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter..
2. Ramas butter dan tepung ngan hujung jari sampai rupa nyer seperti serbuk roti. Kemudian masukkan cherry dan juga raisin.
Kemudian gaul2 kan supaya cherry & raisin tu bersalut dengan tepung
3. Dalam bekas lain satukan Susu, telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung td dan tuang campuran susu kedalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.
4. gaul2 ala kadar. jgn gaul mcm doh roti. gaul2 manja je sampai sebati. jadikan doh bulat, tekan2 sikit kemudia boleh potong2 empat segi atau guna acuan bulat2.
5. susun atas tray. kemudian sapukan kuning telur disebelah atas doh yg sudah disusun
6. dah siap utk dibakar di dalam oven 180° selama 20-25 minit.
7. dah siap sedap makan panas2 bersama cream cheese dan strawberry jam.
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara