Friday, November 23, 2018

RESEPI DONUT BOMBOLONI DAN GLAZE DONUT



Donut Day! glaze donut & peanut butter choc bomboloni..
teringinnya donut bomboloni nad_partyncakes jauh nun di melaka. frische_donut pun nun jauh bkt jelutung. so kita google ajelah recipe. tadaaa jadilah donut utk minum ptg. 

Bagi jiran sebelah skit, bawa turun lobby bagi kawan2 scha & darrish makan2 smbil main kat playground. picnic donut bak kata darrish. rezeki kita kongsi sama2 😍


Ok jom tengok Recipe Donut Gebu Ni

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam




CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut. Terapkan comel-comel. 
6. Gorengkan. Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
7. Salut Gula. Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor. 
Untuk glaze donut, bancuhkan icing sugar dengan fresh milk. gaul2 sampai melekit. donut2 yg dah siap goreng bleh salutkan kesemuanya kedalam glaze ni dan angkat dan toskan atas jaring besi.
Untuk Bomboloni, terapkan bulat2 mcm buat scones. tunggu smpai kembang. pastu boleh goreng. Kemuadian Sejukkan Bomboloni tu, bila dah Sejuk golek2 kan dlm caster sugar, kemudian buatkan lubang guna belakang sudip yg bulat kecik tu, akhir skali pipekan filling ke dalam bomboloni tu. dah siap ;)


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥