jom click!!

Thursday, December 6, 2018

RESEPI ROTI LEMBUT SAMPAI SEMINGGU

Bread Baking Workshop!.. 

😉 hooray!!! my first student @aimialphykuris berjaya meroti dengan gebunya. pasni boleh meroti slalu kat rumah ye sygku 😍 #rotisaranglebah#cinnamonrolls #pizzabun 


BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu besar ovellet
  • 3 sudu besar susu tepung

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah. Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas. Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering. Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, susu tepung, ovellet, bread improver dan baking powder.Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah. Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. 
4. Tunggu 1 Jam. Biarkan adunan tadi selama 1 jam.Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Roti sesukanya hehe
dah siapkan bent, rehatkan smpai kembang. bakar dlm oven shut 180c Selma 15-30 min

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥