Monday, April 25, 2011

Chicken Chop & Chezy Chicken Roll.. yummehhh


ChaCha chicken chop ;)


Cheezy chicken Roll.. lets rock and roll bebeh... hehe

dijamin sedap oleh tukang masak ;) hehe



Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Wednesday, April 20, 2011

Sascha VS Mommy

see.. mommy pun kalah taw.. scha punya barang bawak g office lagik banyak dr barang mommy.
mommy just bawak handbag,phone n purse. lappy mmg kalau weekdays tinggalkan kat office malas nk berangkut2.. tgk barang2 yg scha bawak ke office hari ni..

beg barbie yg dlmnye ada sepasang baju persalinan takut baju yg sedia pakai dirty
guitar
umbrella
bekal breakfast (chicken nugget + cheezy sosej)
botol air strawberry shortcake (air ribena strawberry)
botol susu dan susu
semestinya ipad.. kemana saja..

banyak kan.. dan yg pasti semuanya pinkie pinkie.. bukan mommy pilih ya.. scha yg pilih semua barang dia pinkie2.. kiri kanan tangan mommy dok gendong barang2 dia je la nampaknya..
mommy2 yang lain cemana? mesti banyak juga kan dibekalkan untuk pergi nursery ;)

Bibidi-bobidi-boo ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Promo jap eh.. ;)

hye all.. morning ;)

hari ni mommy nk menyelit skit buat promo.. hehe
pada sesiapa yg nak print ape2 bleh la pm mommy untuk minta quotation oke. insyaalah.. kawan2 punya pasal .. very best price mommy kasi oke..

Product yg mommy open to print adalah..

♥ business card
♥ greeting card/ wedding card / birthday card
♥ poster
♥ bunting / banner
♥ folder
♥ balloon printing
♥ sticker
♥ postcard
♥ paper bag
♥ book / Novel
♥ brochure / leaflet
♥ box
♥ ect

pada sesiapa yang berminat, boleh hubungi mommy oke.

h/p: 017382 8107
twitter: @hhasmira
fb: hasmyra hassan
email: hasmira.hassan@gmail.com

have a great day ahead my lovely readers ;)


Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, April 18, 2011

Second outdoor photoshoot coming soon ;)








Sascha first Outdoor photoshoot
theme: fairytale "little fairy and mommy"
location: taman tasik permaisuri
2010

thinking of doing it again. ;) lepas tu boleh buat storybook mcm dulu lagi..it is sooo cool.. scha pun asik tgk album dia selalu..abadikan zaman anak2 kita membesar di album. well, kalau free insyaAllah sabtu ni ke... this time maybe scha bersama her BFF..

theme: maybe lil fairy again sbb mommy mmg obses dgn wings and tutus... ;) plus its super duper cute kalau lil girls pakai.. kan kan..

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

RAHSIA mendapat anak, lelaki, perempuan, bersalin dan selepas bersalin


mommy blogwalking, then terjumpa satu blog yg penuh dgn info2 yg mommy rasa berguna pada masa akan datang dan pada bloggers2 yg teringin anak, yang sedang mengandung dan selepas melahirkan. sharing is caring ;)

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

;)

Petua Mendapat Anak.

Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki
hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan kesebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.


Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.

Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.


Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika
tidur.

Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.


Menambahkan susu Badan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.


Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.


Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.


Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.
Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbukbersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.

Komen
Petua-petua di atas merupakan hasil dari koleksi petua-petua yg diamalkan oleh nenek moyang kita. Sebahagian dari petua dan rawatan tersebut telah dipermudahkan pada masa sekarang dengan kewujudan industri-industri herba. Ubat-ubat dari herba dapat diperolehi dengan mudah dari kedai-kedai.Peringata n:- Pastikan segala ubat-ubatan herba tersebut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Sebaik-baiknya jika anda mengalami masalah kesihatan berkaitan alat sulit anda seperti keputihan dan sebagianya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya. Petua-petua senaman yang telah diberikan di dalam dokumen ini amat baik sekali untuk diamalkan sama ada anda belum atau sudah berkahwin. Ia telah diperakui oleh pakar-pakar kesihatan. Boleh disemak didalam laman-laman web antarabangsa. Gunakan keyword “kegel exercise” atau “pelvic exercise”. Disamping untuk kesihatan seksual ia juga amat baik untuk mengatasi gejala seperti kencing tak puas (incontinence) disebabkan otot-otot pelvik yang lemah.

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, April 15, 2011

chit chat chacha yaya










Kalau dulu kita nak bergossiping dgn bestfren, bergayut la kat henpon.. sampai bill pening kepala nk bg reason kat mak ayah. hehe tapi budak2 sekarang nk bergossip2 kat video chat je. x yah pening2 nk baya bill tepon. last nite chacha and yaya chit chat tru ichat. x de tersekat2.. clean n clear jer..

mommy pun tumpang gossip skali ngan mummy areen sambil chacha borak2 ngan yaya.. ;) 2 in 1.. hehehe the best part is bila yaya dok tunjuk2 toys n dvd baru dia chacha plak sibuk ajak mommy nk pegi umah yaya time tu jugak, yaya plak bila dah nampak chacha kata nk g umah yaya dia plak merengek nk masuk dlm lappy mummy dia nk jumpe chacha.. dok sondol2 kepala nk masuk dlm lappy nk g umah chacha. chacha plak dok tarik2 mommy ajak naik car nk g umah yaya.. hehe sooo cute okeh!


Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Wednesday, April 13, 2011

always be my baby

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara


Monday, April 11, 2011

si buah epal

p/s: tahap penuaan kulit yg ketara ;(

cerita si buah epal. hehe thanks Allah.. alhamdulillah ada rezeki lebih sikit . dapat la mommy si buah epal ni.. its macbook pro. 13 inch je . macbook pro ni ada sampai 17 inch. the best part is, it comes in silver color which kita bleh choose case dia. banyak funky munky color available.. mcm iPhone. boleh tuka2 casing..

tapi yg x bestnya... 3 hari berturut2 mencari case dia di semua machines outlet, semua out of stock. yang ada cuma untuk casing macbook air and macbook white.... last nite ke gardens pun x de then ke machines mid. alhamdulillah, masih ade stock tapi only 1 color available. AQUA..

so nak tak nak kene la beli jugak.. nanti lagi lambat beli bercala balar plak buah epal ni.. pasrah je la aqua color.. hati melonjak2 nak purple or pink. ;( daddy kata x pe la.. nanti ada stock kita beli la lagi.. boleh tuka2..

so now tinggal iPod je yg x beli lagi.. tapi mamayaya dah pakai, its like iPhone cuma x boleh making calls. lebih kurang mcm iPad scha cuma iPod kecik..

we are iFamily... iPhone, iPad, iMac lepas tu dapat title ....iBankrupt!



Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, April 5, 2011

mari buat jus roselle dan ketaahui khasiatnya ;)


tiba2 mommy rajin nk buat homemade roselle juice... yummy!
sedap mcm ribena.. sascha panggil air rose. sbb color dia merah ;)
tp amat la berbeza kandungan nya, kalau sirap rose tu pewarna yg lebih.. tapi jus roselle bukan saja merah semula jadi. tapi banyak khasiatnya.. ni khasiat2 roselle yg mommy jumpa dr encik google...

Khasiat Roselle


ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk:
* Menyegar & mengembalikan tenaga * Menghilangkan selsema & sakit tekak * Meredakan batuk & mencairkan kahak * Menyihatkan & mencerdaskan minda * Mengurangkan stress & sukar tidur * Mencegah kanser & penyakit kronik * Menstabilkan tekanan darah tinggi * Meningkatkan daya tahan tubuh * Membantu proses pencernaan * Mencantikkan kulit & awet muda * Mengurangkan kolesterol yang berlebihan

NUTRISI ROSELLE


Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3.

Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE
Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.


so mommies.. ape lagi, beli fresh roselle, rebus amik patinya ;) buat air then bg our kiddos minum kita pun bagus amalkan..

*mommy petik kat rumah oma je, sbb oma rajin tanam pokok roselle ;) thank you mama!

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

percutian d Penang


@ Ferringhi Beach





Taraaa... last 2 weeks our family bercuti ke penang bersama Bonda's & Anisa's family.
haha havoc oke!.. super duper fun..
counting days for our next vacation pula.. kinds enjoyed sooooo much!

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

cha cha and friends ;)




nahhh.. gambar gambar cinonet bertiga.. gamat dunia bila bertiga ni berkumpul.. ni pun x cukup lagi. hero x join.. hehe x pe next time mommy amik gamba diorang berempat pulak.. cute kan.. semua in blue roxy sleeveless. dah macam kembaran.. hehe

copia n nea bestfren scha.. the only prince dalam group diorang ni asyraaf.. tp kali ni ke melaka mommy nisa n daddy mazin x ikut so asyraaf x dpt la join diorang bertiga.. well... dah plan untuk our next vacation. Insya Allah, kalau x de aral melintang berkumpul la diorang berempat di percutian akan datang. ;)


mommy nk tumpang interframe.. hehehe all pics taken masa bercuti d melacca



Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, April 1, 2011

always be my little baby

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Customize your own scrapbooking design



Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥