‘‘Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
Hari ini adalah hari wukuf di Arafah. Keistimewaannya Hari Wukuf atau Hari Arafah kerana di sana turut berkumpul para anbia, wali-wali Allah, orang-orang soleh dan para malaikat bersama-sama para jemaah hari dari seluruh dunia
Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual.
Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf.
Selain di tanah suci Mekah, banyak pengalaman dan cerita pelik-pelik yang pernah kita dengar melibatkan sesetengah jemaah ketika berada di Padang Arafah iaitu kawasan suci yang doa kita mudah diangkat ke langit.
Di kawasan itu, setiap jemaah dinasihatkan agar perlu sentiasa menjaga perbuatan, tutur kata, apa yang diniat dalam hati kerana biasanya ia cepat ditunjukkan oleh Tuhan.
Malah, ada guru agama mengingatkan bahawa perkara-perkara yang kita anggap gurauan semasa bersembang-sembang di Padang Arafah, tetapi bagi Allah ia adalah serius dan apa yang kita gurauankan itu kadang-kadang berlaku ketika itu juga.
Cerita dari mulut-mulut mengenai peristiwa pelik pada hari Wukuf, adakalanya membuat sesetengah umat Islam yang merasakan diri mereka pernah melakukan terlalu banyak dosa, keberatan untuk mengerjakan ibadat haji kerana bimbang dan takut jika perkara ganjil dan pelik akan turut dialami atau diperlihatkan kepada mereka.
suasana di Arafah pada hari Wukuf turut menyaksikan manusia paling banyak menitiskan air mata kerana di situ, perasaan untuk mengadu kepada Tuhan amat kuat
dan di Padang Arafah ini jugalah menjadi saksi di mana Adam dan Hawa dipertemukan semula di Jabal Rahmah selepas 4o tahun dipisahkan setelah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
* Mengikut perkiraan waktu Wukuf atau waktu Zuhur bagi Arab Saudi adalah pada pukul 12.07 tengahari. Ia bersamaan pukul 5.07 petang waktu Malaysia. Manakala waktu terbenam matahari (Maghrib) bagi Arab Saudi ialah pada pukul 5.37 petang. Atau bersamaan pukul 10.37 malam waktu Malaysia.
p/s: di ambil dr blog en syahril.tq
No comments:
Post a Comment