Monday, April 18, 2011

RAHSIA mendapat anak, lelaki, perempuan, bersalin dan selepas bersalin


mommy blogwalking, then terjumpa satu blog yg penuh dgn info2 yg mommy rasa berguna pada masa akan datang dan pada bloggers2 yg teringin anak, yang sedang mengandung dan selepas melahirkan. sharing is caring ;)

KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb)

Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (anak P'puan): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

;)

Petua Mendapat Anak.

Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Petua 2
Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3
Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.


Petua Mendapat Anak Lelaki
Untuk mendapatkan cahayamata lelaki, bolehlah puan cuba petua ini. Jika ingin anak lelaki, air mani lelaki
hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah dengan mengiringkan badan puan kesebelah kiri (untuk seberapa lama yang boleh). Insyaallah, ia akan berhasil. Selamat mencuba.


Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Menghilang Loya Ibu Hamil
Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu the gula. Minum setiap pagi. InsyaAllah rasa loya tekak akan hilang.


Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Petua 1
Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 x. InsyaAllah rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.

Petua 2
Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 3
Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.


Menghapus Urat Timbul Selepas Bersalin
Petua 1
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap
malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 3
Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika
tidur.

Petua 4
Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.


Menambahkan susu Badan
Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.Tekapkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam. Tukarkan daun baru jika perlu. Lakukan sehingga air susu berkurangan.


Memudahkan Bersalin
Apabila terasa mahu bersalin, segera merebus telur ayam separuh masak dan makan bersama Milo, susu tepung atau air susu. Petua ini untuk memudahkan proses bersalin tanpa kesakitan yang amat sangat.


Menyembuhkan Luka Pada Rahim
Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.


Kembalikan Selera Makan Ibu Hamil
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan.
Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbukbersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat / sederhana. InsyaAllah ia amat berkesan.

Komen
Petua-petua di atas merupakan hasil dari koleksi petua-petua yg diamalkan oleh nenek moyang kita. Sebahagian dari petua dan rawatan tersebut telah dipermudahkan pada masa sekarang dengan kewujudan industri-industri herba. Ubat-ubat dari herba dapat diperolehi dengan mudah dari kedai-kedai.Peringata n:- Pastikan segala ubat-ubatan herba tersebut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Sebaik-baiknya jika anda mengalami masalah kesihatan berkaitan alat sulit anda seperti keputihan dan sebagianya, berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya. Petua-petua senaman yang telah diberikan di dalam dokumen ini amat baik sekali untuk diamalkan sama ada anda belum atau sudah berkahwin. Ia telah diperakui oleh pakar-pakar kesihatan. Boleh disemak didalam laman-laman web antarabangsa. Gunakan keyword “kegel exercise” atau “pelvic exercise”. Disamping untuk kesihatan seksual ia juga amat baik untuk mengatasi gejala seperti kencing tak puas (incontinence) disebabkan otot-otot pelvik yang lemah.

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

3 comments:

Cikrosecute said...

Thanks Info yg menarik...Lagipun saya baru habis pantang..

Dah follow saya Ke?

http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

Reflisia said...

info yang sangat berguna darling...thanks muah!

meazara Raphael fairytales said...

ibu cute: most welcome . ;)

masz dear: sharing is caring babe. ;)

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥