jom click!!

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Kambing Masala


alkisahnya mommy x pernah masak kambing masala.... tapi ade stock daging kambing so google2 and decide eh masak kambing masala lah.. hehe resepi ni mommy amik dr blog cik Lina. barang2 simple semua ade.. and turns out sangat sedap! macam rasa kari kambing yg mama selalu buat..  hmmmm rindunyaaaa kat mama

KAMBING MASALA 

 Bahan-bahannya :-
 1kg daging kambing 
Cara: Daging kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...kaedah renehan hingga daging empuk 

Bahan Kisar:
 7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1-2 batang serai 

Bahan Lain 
1 labu bawang besar (dihiris) 
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat) 
2 tangkai cili hijau (dihiris) 
2 tangkai cili merah (dihiris) 
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar 
1 keping kayu manis 
1 bunga lawang 
3 biji pelaga 
1/2 sk biji jintan putih 
1/2 sk biji jintan manis 
1/2 sk serbuk ketumbar 
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka) sedikit serbuk kari daging (optional) mommy Pg letak 1sk 1 sk serbuk Garam Masala 1 sk rempah beriani 2 gelas air (atau secukupnya) Garam dan perasa secukupnya Minyak masak 

Cara-cara memasaknya :- Panaskan minyak dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Kambing Masala sedia dihidang *** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥