jom click!!

Tuesday, January 17, 2017

Saat terakhir mama


Rehatlah mama... diSyurga tertinggi... InsyaAllah.


(Helaian 1)
6. Dec. 2016

Hari ke 11 mama warded di icu kpj damansara.Harini tapau mc d for breakfast. Selesai sarapan semua menuju ke hospital.. smpai di hospital checked on mama. Alhamdulillah semuanya normal. Ecg 125 bp147 oksigen100.
Tp nurse inform semalaman mama x tdo. Mengangis smpai ke pagi. Hati mula dilanda rasa sesuatu. Kenapa mama berjaga smpai pagi? Menangis?... turun ke cafe, kids da merengek2 minta nk beli itu ini.. smpai je cafe, pp called..
"Kaklong kat mana?" Dengan suara kelam kabut. "Kat hospital la. Kenapa" " blue code! Hospital br call jantung mama stop tadi!"
Subhanallah. Mcm nk terkeluar jantung. Berlari ke lift. Smpai di icu.. nurse x bg masuk. Tgh cpr n stablekan mama.. Ya Allah.. mulut x berhenti berdoa.. panjangkan lah umur mama.. masa ni semua dah x henti menangis. Me, lisa, pj and scha.. the rest x smpai lagi ke hospital.. dlm 15 min lepas tu nurse inform mama dah ok. Tapi punca kenapa jantung mama stop.. masih x diketahui... Ya Allah.. permudahkanlah segalanya... called fara. Bergegas fara dtg dr office. Angah dan abah pun tiba di hospital.

Doc Dato Zurin panggil ke bilik. Ct scan done.
Mama diserang stroke kedua. Kali ni lebih kritikal. Jika yg pertama stroke pendarahan. Kali ni stroke tersumbat. Dua tempat. Kiri dan kanan. Dan yg lebih parah brain stem juga terlibat.. subhanaAllah.. berat sungguh ujian mu... kata doc jika brain stem injured, body mama hilang control utk pernafasan dan sebagainya. Brain stem control jantung, paru paru serta organ penting yg lain. Tiada Signal yg dihantar dr otak ke organ yg membuatkan organ mama terhenti bekerja. Sekarang mama fully support by machine..ubat diberikan berkali ganda dari kebiasaan.... doc kata harapan mama tipis... tapi kami tau.. mama kuat! Kalau kami di tempat mama.. pasti mama akan cari bermacam cara untuk selamatkan kami.. sepanjang hari mulut kami x berhenti dari ayat2 alquran. Doa syifa'..Yassin serta zikir.. ya Allah.. berilah kesempatan mama hidup lebih lama... kami bermalam di hospital.. cuma abah yg balik dengan anak2.. abah x berapa sihat.. jadi semua minta abah balik. Rehat dirumah. Kami jagakan mama.. setiap saat mama x bersendirian.



Helaian 2

Kami sentiasa disisi mama dengan bacaan yassin. Masa ni jauh disudut hati terdetik. Ini yg mama selalu impikan. Saat mama sakit nnt mama nk semua anak2 mama bacakan yassin utk mama. Ini lah sebab kenapa mama x henti2 marah bila salah sorang dari kami malas nk mengaji.. syukurr.. mama dah didik kami dgn didikan dan ajaran agama dan yg pennting x lupa Al Quran.. jam 12.30am... nurse minta kami tunggu di waiting room. Dah x boleh duduk sebelah mama. Dengan berat hati kami tinggalkan mama di bilik icu.. tapi masih..kami mengintai intai dari pintu cermin untuk tgk mama....sahabat2 baik dtg bg sokongan.. apis yg sentiasa ada..fairuz & An, Anis, nadia, Qurad dan mior..Thank you sahabat.. berjaga mlm utk temankan kami... kami solat hajat dan mengaji sepanjang mlm.. terlelap seketika dek terlalu penat.. jam 4.00am nurse tercegat dpn pintu waiting room. Sepantas kilat kami berlima berdiri..
"bp patient x naik2. 70-80.. rasanya boleh la masuk teman kat dlm".. sebak! Bertahan maaa...

7.december.2016
Hari ke 12 mama di icu. Dari jam 4.00 am kami dah disebelah mama. X berganjak walaupun sedikit. Bergilir2 ke surau utk solat subuh. Bp mama drop ke 50. Doc zurin call. Kata dah boleh la kalau nk call saudara mara terdekat. Ya Allah.. mimipi kah ini.. kami tatap wajah mama. Tenang. Persis dlm tidur... di saat ini kami semua pasrah. Redha.. kata ustazah semalam, wajah mama berseri2. Kulit mama putih pink. Bercahaya dan bukan semua org mendapat nikmat dan wajah yg sedemikian rupa.. bp mama makin drop. Masa ni kami berlima dan babah disisi mama.. berulang2 bacakan yassin.. mata sesekali menjeling ke arah monitor.. hati makin lama makin kencang bila mata tertumpu pada angka yg makin lama makin turun... YaAllah. Kuatkah aku?... hari makin terang. Sanak saudara makin ramai yg hadir.. bergilir2 msk ke icu.. masa ni kami x toleh ke kanan kiri.. mata hanya tertumpu ke muka mama dan monitor sambil mulut kami x henti2 dgn bacaan yassin..

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥