Monday, May 21, 2018

RESEPI BUTTER PRAWN



Bahan:
  • 24 ekor udang saiz serdehana 
  • Serbuk lada sulah (peraman udang dan kuning telur)
  • Garam (peraman udang dan kuning telur)
  • 6 biji kuning telur 
  • 1-2 tangkai daun kari segar
  • 5-6 batang cili api (dihiris, jika mahu pedas)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 1 blok butter
  • 10 biji bawang merah (dicincang/dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang/dikisar)
  • Minyak mengoreng secukupnya
Cara:
  1. Panaskan minyak bersama mentega. Kacau sehingga minyak dan butter sebati.
  2. Sementara menunggu, kacau kuning telur bersama serbuk lada hitam, lada sulah dan garam sehingga mesra.
  3. Setelah campuran minyak dan mentega cukup panas, dari jarak yang sedikit tinggi dari aras kuali, tuang telur secara sedikit demi sedikit sambil sudip menggaul cecair telur di dalam minyak tanpa henti.
  4. Goreng floss sehingga garing, angkat dan toskan ia. Letak ditepi.
  5. Tambah minyak dan panaskan (persediaan menggoreng udang).
  6. Dalam mangkuk lain, peram udang bersama lada sulah dan sedikit garam. Gaul sebati.
  7. Goreng udang tetapi jangan biar udang terlalu kecut. Angkat, toskan dan letak ditepi.
  8. Dalam kuali bersih yang baru, panaskan tiga sudu besar butter atau mentega, tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, serai dan cili bersama sehingga garing dan naik bau.
  9. Seterusnya, tuangkan susu cair dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan udang.
  10. Angkat dan hidangkan bersama taburan floss telur. Siap!
Selamat mencuba!

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥