jom click!!

Thursday, January 12, 2012

Recipe: Sizzling Yee mee with shitake mushroom


last nite, Bonda & Baba dinner kat our house. scha ngan nea la yg paling happy sbb dapat jumpa bff dia. hehe everyday video calls. after our vacation to JB and Genting.. both lil princess dah mcm x boleh direngangkan.. bila balik je mesti tanya macam2.. ajak jumpe hari2.. nasib la technology sekarang dah modern. so everyday vid cam. ;) ok menu lastnite adalah sizzling yee meee with shitake mushroom. mommy ada beli fresh shitake and dried shitake so masuk kan sekali lagi manis ;) since ada yg bertanyakan recipe... ni mommy abadikan dlm blog. sharing is caring ;)...

bahan bahan:

  • yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara cara:

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Agak2 ah pekat bleh la hidang panas2,, yummy..


ok here pic last nite.. hehe both princess pura2 sleep ;) soo comel kan

Bibidi-bobidi-boo ♥...............by Fairy Queen Mommy Zara

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥