Rambut Gugur Selepas Bersalin
*Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
*Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
*Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
*Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
*Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
*Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
*Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
*2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya *jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan *ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
*Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
*Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
*Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
*Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
*Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
*Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
*Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
*Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
No comments:
Post a Comment