Monday, November 6, 2017

HELLO NEW HOME!!



YAY!!! alhamdulillah.. setelah setahun berpindah ke rumah babah.. akhirnya kami pinda duduk sendiri semula... babah dah ok.. dulu pindah dari Melaka ke rumah babah sebb nk temankan babah... now babah dah back to normal,.. dah bleh terima ketiadaan mama... so kami pun mulakan la balk kehidupan keluarga kecil kami ;)

tak jauh pun... dekat je ngan rumah babah... so still la bleh jenguk babah hari2.. ;)

kali ni anak2 minta nk duduk rumah hotel! hahahaha hotel kau!
so gigih la daddy mencari rumah diaman anak2...
dah alhamdulillah akhirnya kami disini..

buat keje sambil teman anak2 swim

amik mood nk pasang ring curtain ;p

cik orchid peneman ruang tamu

activity petang

peneman kat dapur

jom swimming!

squad mandi manda

Ketua squad mandi manda ;p









Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, August 25, 2017

SEMBANG MOMMY MIA!!




HI SEMUA... MOMMY NOW DAH JARANG SGT ACTIVE DI BLOG.. TAPIII NOW MOMMY DAH ACTIVE DI FANPAGE FB!!... JOM BACA CELOTEH MOMMY DI

jom follow fan page mommy utk berbagai cerita menarik, TIPS2 hebat, petua mak mak dahulu kala dan kengkadang tu cerita2 sensuais artis ;p



jom la... kita tukar2 cerita kat sana ;)


see ya!

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, August 4, 2017

Resepi kuih lopes Traditional... Kuih Lopes berbalut dan pisang


Kuih lopes tersangat la popular masa bulan Ramadhan... salah satu kuih wajib beli kat baazar ramahdan masa awal2 bulan puasa..

Tapi kebiasaan yg kita tgk kuih lopes yg warna hijau tu.. berbentuk 3 segi..disaluti kelapa.. rasanya semua pun selalu tgk kuih lopes mcm tu kan...


alkisah minggu lepas sis buat kenduri.. order kuib lopes ngan satu makcik kat Malim Melaka. sampai2 je kuih lopes tu.. mcm pelik je.. kuih lopes tu berbalut daun. kelapa nya diasingkan.. tanya punya tanya baru ta tahu dulu2 org buat kuih lopes mmg mcm tu.. berbalut daun dan dikukus... hehe jakunnya!!



rasa lebih kurang sama.. rupa pula nampak mcm manis.. tapi lemak2 masin.. bila nk makan baru buka balutan daun tu golek2 ngan kelapa then makan dengan air gula melaka..


bawah ni mommy amik resepi dlm blog Tie

Bahan-bahannya ialah:
  1. Beras pulut – 2 cawan, dibasuh dan direndam sekurang-kurangnya sejam
  2. Kelapa parut yang putih je… digaul dengan sedikit garam
  3. Daun pisang yang disiat selebar 4-5 jari, basuh dulu laa…
  4. Daun pandan, untuk dimasukkan dalam air untuk merebus lopes tu.. supaya wangi
  5. Gula melaka cair, ambil beberapa ketul, tambah air sikit, dan masak hingga semuanya cair. Tapi hati-hati, sebab kalau leka, gula melaka akan hangus la pulak.
Caranya :
Setelah pulut direndam, toskannya dalam penapis. Ambil daun pisang, bungkuslah seperti yang Tie tunjukkan di bawah ni, ya…
.


Lepas tu, susun lopes yang dah dicucuk lidi, dan ikatkan dengan tali kain. Ikat ketat-ketat supaya tidak terbuka bila direbus nanti. Rebus dalam air selama 30-40 min bergantung kepada jumlah lopes yang dimasak. Jangan lupa bubuh daun pandan supaya baunya wangi..
.
.
.
Bila nak makan, buka daun pisang tu, salut dengan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam. Curahkan sedikit air gula melaka sebelum makan…. Hmm…. sedap tau!!
.
.


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Monday, July 24, 2017

Macamana nak tahu pregnant baby girl ke baby boy?




jom kita tgk siapa yang kenaaa... hehehehe tak kisah pon boy atau girl.... tapi ape salahnya kite main teka2..  hehehe Walaupun jantina bayi sudah boleh diketahui melalui ujian ultrasound, namum bukan semua berjaya dilihat. Lagipun lebih seronok jika main teka-teka bukan? Apa salahnya, boleh menghiburkan hati anda juga.

Jika anda ingin main teka-teka jantina bayi anda, anda boleh cuba perhatikan tip di bawah ini. Lihat tanda-tanda berikut dan cuba anda teka tanda yang anda alami lebih banyak berada pada bayi lelaki ataupun perempuan.

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BABY BOY
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.-
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit- 
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh- 
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna- 
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap- 
  • Bentuk perut condong ke arah bawah-
  • Sukakan makanan yang masam dan masin- 
  • Suka makan daging dan keju- 
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk- 
  • Tangan selalu kekeringan- 
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur-
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.- 
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil- 
  • Hidung tampak lebih mekar- 
  • Selalu sakit kepala- 
TANDA BABY GIRL
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan- 
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung-
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan-
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya-
  • Bentuk perut condong ke arah atas-
  • Perut tampak agak lonjong-
  • Mengidam makanan yang manis- 
  • Sukakan buah-buahan-
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam-
  • Anda lebih cerewet semasa hamil-
  • Mudah moody berbanding sebelumnya- 
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil- 
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya-
  • Payudara kelihatan mengembang-
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur- 

well, x kisah la lelaki ke perempuan ke, semua nya ok. yang penting anak tu nanti sempurna segala organ nya, pancainderanya , cantik rupanya, tinggi IQ dan budipekertinya.. semoga proses masa preggy sehingga melahirkan senang dan selamat.aminn

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Thursday, June 8, 2017

GRAMMAR BOOK SET FOR KIDS






SET GRAMMAR YG SUPER FUN UNTUK ANAK ANAK


 MASA YG DITUNGGU TUNGGU TELAH TIBA!!!
.
.
Dah ramai sesangat ibu bapa yg tanya bila boleh beli ni??? DENGAN RASMINYA... PEMBELIAN DIBUKA SEKARANG!!! 
.
.
Stock batch pertama terhad kepada 5000 pembelian sahaja!!! Setakat ni ORDER dari sekolah2 dan pusat tuisyen dah melebihi separuh dari quota. SIAPA CEPAT DIA UNTUNG!!! kerana x perlu nak queue untuk cetakan kedua..
.
.
CEPAT CEPAT BERTINDAK SEKARANG!.
.
.
Kenapa MESTI Dapatkan Buku Ini?

.
(+) PERCUMA FANCY FILE BOX yg sgt menarik!

(+) Buku Nota hard cover dan workbooks perfect binding yg berkualiti tinggi

(+) Teknik Pembelajaran Yang SERONOK

(+) MUDAH, CEPAT dan BERKESAN

(+) TIDAK MEMBOSANKAN 

(+) Boleh Belajar Sendiri

(+) Lebih EFEKTIF dengan kesemua helaian warna warni

(+) 4 buah buku di dalam 1 set. 1 buku nota warna warni & banyak gambar, 2 buah buku latihan warna warni dan 1 buah buku aktiviti.. siap ada sticker2 boleh tampal2 dan ade game2 dlm buku ni

(+) Helaian bergambar dengan contoh ayat

(+) Sangat sesuai dari umur 6 thn - 12 thn

(+) Mudah untuk ibubapa  mengajar anak2

(+) Dapat bersama2 Achiever Junior Club untuk berbagai2 aktiviti menarik

-----------------------------------------------------
SPECIAL OFFER!
.
.
Harga Semenanjung : RM 45 Sahaja
.
Sabah Sarawak: Rm 50 Sahaja
.
.
BONUS MENANTI UTK MEREKA YANG CEPAT BERTINDAK!
Pm/ Whatsapp SEGERA.
--------------------------------------------------
ORDER DAN PERTANYAAN
==================================================
➨ SMS / Wasap.my/601128893791/FunAndLearning
➨ PM INBOX --> https://www.facebook.com/messages/achieverbooksmalaysia

Sunday, May 28, 2017

KIDS TALENT HUNT!











CALLING FOR ADORABLE KIDS OUT THERE!!
.
.
Si comel Mamy Dedi semua fasih berbahasa Ingeris dan suka bergambar? berumur 6-12 thn? Haaa ade berita best ni!! Achiever tengah mencari bakat si cilik yg fasih berbahasa Ingeris untuk menjadi icon ACHIEVER KIDS CLUB! dan tentunya mendapat kelayakan seperti berikut...
.
.
*FREE Fun & Easy Grammar books set *FREE Keahlian ACHIEVER KIDS CLUB
* members ID
* T-shirt comel ACHIEVER KIDS CLUB
* Invitation to PRIVATE EVENT
* Invitation to PRIVATE PLAY GROUP
* Photoshoot Allowence
.
.
Bagaimana caranya? senang jer... sertakan butiran berikut dan emailkan kepada Achiever.

- Kids photo
- Kids short video
dan hantarkan ke achiever.malaysia@gmail.com

Good luck!!!

** hello... mommies semua boleh la hantar pic n vid anak2 uolls ke email address tu okay.. pastu panjang2kan la share artikel ni ya.. sharing is caring 😘😘😘**


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, May 26, 2017

jika bisa ku putarkan waktu....

Sayu..

Sebak...

Shahdu...

Mlm esok dah mula terawih  pertama utk thn ni...... seperti kebiasaan mama lah yg paling sibuk... iu.. ini.. mcm mcm pesan...

tapi sekarang... mama dah xde... Kuatkah Aku??? mlm ni tiba2 emosi... rindu mama barangkali...
Dah 5 bulan mama pergi tinggalkan kami ma....

Tahun lepas sekali pun x berbuka bersama mama... tak beraya pun bersama mama... thn lepas banyak Sgt issue conflict keluarga... mama hari2 call minta klong blk... hari2 kata mama rindu..
Ya Allah. jika bisa diputarkan waktu.... tak akan klong biarkan mama sedih walaupun seminit..

kaklong rindu mama........



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Friday, February 10, 2017

Resepi salted egg butter crab


Hello..so sorry.. mommy dah upload awal2 dekat ig and said recipe di blog tapi x berkesempatan nk berblog semalam.. and today my dear friend dah tanya mana recipe cari tak jumpa 😂 sorry syg...

Ok ni recipe creamy salted egg butter crab.

Bahan bahan:
Ketam (mommy buat 4 ekor, siap2 cuci)
Tepung jagung
Telur masin 4 biji (rebus smpai masak, kemudian hancurkan)
Butter (setengah)
Susu cair 1 tin
Garlic 5 ulas chopped
Bawang besar 1 chopped
Cili padi ikut suka
Daun kari
Serbuk cili utk merahkan (xde pon xpe)

Cara cara:
Gaulkan ketam dengan tepung jagung. Gorengkan sekejap smpai brown.. angkat dan asingkan. Guna minyak sikit je tau. Guna pan yg sama, bahagikan minyak 2 bahagian, masuk kan butter.
Tumiskan garlic smpai perang. Masukkan bawang besar dan cilipadi. Masuk ketam. Tuangkan susu cair dan daun kari. Gaul2 rata. Masuk kan telur masin yg kita dah hancurkan tadi. X perlu masuk garam ya sebab dah masin. masuk kan serbuk cili utk cantik kan warna. Gaul2 smpai kuah dia pekat. Yay dah siap 😘😉








Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, February 7, 2017

Cuti chinese new year 2017

Cuti chinese new yr yg lepas kami bercuti ke pahang... so alang2 tu ke gambang water city.. well not bad.. ok la.. hehe kene la dgn harganya...



 Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara








Resepi puding karamel

Puding karamel mmg menjadi all time fav family ni... cuma x boleh buat selalu sbb manis.. semalam buat puding ni utk minum petang.. hidangkan berdama green tea.. nyumsss... ok jom tgk bahan2nya.. recipe ni mommy amik dari azie kitchen. Tq kak azie


Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, masukkan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk acuan dan Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 


Resepi mee basah (seafood)

Good morning.. pagi ni daddy request nk mee basah utk bfast.. sepatutnya ni menu mlm semalam.. tapi sebab tiba2 tukar menu so menu ni kita bawa ke pagi...



Seafood Mee Basah

Bahan bahan:
Mee 1 packet
Udang 
Sotong
Kepah
Telur
Bawang putih
Sayur (mommy guna kangkung)
Cili sos
Kicap manis
Cili kering yg di blend
Chicken stock 1.
Minyan untuk menumis.

Cara cara:
Tumis bawang putih yg diketuk. Masukkan satu senduk cili kering. Tumis sehingga masak. Masuk semua seafood. Dlm 3 min, masukkan cili sos 4 sudu makan dan kicap manis secukupnya. Masuk air 2 cawan. Masuk mee. Tambahkan garam, gula dan chicken stock. Pecahkan telur. Last skali masuk kan sayur. Gaul2 skit bagi sayir masak. Jangan gaul kuat2 nanti telur hancur. Ok dah siap 😊

Tuesday, January 24, 2017

Kids party planner



Good morning...

ANAK REQUEST NAK BIRTHDAY PARTY??

Mama..papa tak perlu pening pening..
Hubungi miadel event and blooming..
Kami bawa party ke rumah anda..

Tak perlu risau tentang cost. Pasti boleh bincang okay mama 😉 ok papa😎

Mama papa boleh pilih nak yang mana :-

🍭Cake
🍭Balloons
🍭Party theme decorations
🍭Candy buffet
🍭Goodies
🍭Mascot
🍭Games
🍭Face Painting
🍭Sand art


Fb: @miadelblooming
Ig: @miadelblooming
Whatsapp: 01128893791
Based in BTHO

Berpengalaman sejak mac2016...
Trust us! Repeated customer kebangaan kami.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

#party #kidsparty #kidspartyplanner #partyplanner #games #birthday #babyshower #sandart #facepainting #miadel #miadelevent #miadelparty #surprisedelivery #kids #balloons #candybuffet


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Tuesday, January 17, 2017

if only you are here mama....


I can't hold my tears..
I miss you so much mama..
Tommorow is your birthday..
If only you are here.. you must be very happy to be around everybody on your big day.. then we will go out to have big dinner as always... Ya Allah.. rindunya......

Mama.. there's no one to mengadu when im tired...
There's no one to talk to when im excited... there's no body to share my stories..
There's no more calls frm you everyday ma.. i cried everytime i read our conversation in whatsapp ma... you used to call and text me everyday ma.. Ya Allah.. i miss you so much mama.. 

Happy birthday mama sayang

*friends...hadiahkan mama alfatihah ya untuk birthday mama... tq*

#semogasyurgatertinggimilikmama



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Saat terakhir mama-sambungan




Helaian 3

Masa ni.. babah dah x bg kami bacakan yassin.. kami hanya berzikir agar mama dpt ikut zikir sama... laa ila haillallah..laa ila haillahllah.. allah.. allah allah... babah.. me dan lisa di kanan mama.. pp..pj.. dan fara di kiri mama.. mama betul2 di kelilingi anak2 dan babah.. entah kenapa masa ni daddy hilang.. adik2 ipar yg lain tiada.. bagaikan allah penuhi impian mama utk dikelilingi anak2 dan suami bila hujung nyawa mama... subhanallah.. Allah makbulkan...
Sungguh.. sayu... dan syahdu.. bilik icu bergema dgn alunan zikir kami anak beranak. Nurse semua berdiri tegak.. x berjalan kesana sini... mereka ikut sama tadah tangan bila babah bacakan doa.. perlahan demi perlahan.. bacaan pada monitor kian menurun.. semakin turun angka di monitor semakin berdebar jantung kami adik beradik dan tentunya babah.. saat ni air mata dah x dpt di tahan, jika dari tadi kami sebolehnya x mahu mama dengar kami menangis.. tapi kini.. sambil berzikir.. sambil air mata jatuh berjuraian...saat ini kami semua redha.. pergi la mama.. pergi ke istana kayangan mama....


Helaian 4

Bacaan BP drop bawah dari 10. Bacaan jantung tiba2 hilang dr bacaan. Seolah x dpt dibaca.. saat ini kami tatap wajah mama ... mama tenang... tidur.. untuk selama lamanya... warna kulit mama mula berubah dari pink merah kepada kuning pucat.. bibir mama bertukar dari merah ke pucat... kami 5 beradik serta babah saksi mama bertukar warna...saat ini kami sedar.. mama sudah tiada....
Syukur alhamdulillah.. kami diberi peluang oleh Allah untuk tatap wajah tenang mama di saat akhir hidupnya.. bibir mama terukir senyum.. kami yakin ma.. syurga tertinggi menunggu mama.. saat itu aku berbisik ke telinga mama.. mama dah nampak syurga mama ya ma.. mama rehat ya ma.. kami akan selalu doakan mama.. setiap masa... setiap waktu... perit pedih utk kami terima.. tapi apa yg membuatkan kami pasrah adalah apabila kami saksi bertapa lancarnya jalan mama.. dari saat mama pulang ke pangkuan Ilahi sehingga lah ke pengkebumian.. sahabat mama serta sanak saudara memenuhi masjid utk solat jenazah. Masjid besar btho penuh! Persis solat raya.. MasyaAllah... semua berkata ttg kebaikan mama... syukur Ya Allah.. mama sentiasa di hati semua org..
Al Fatihah.
Almarhumah Hajjah Kechik binti Md Yassin 18.01.1958-07.12.2016

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

In Loving Memory.. mama sayang



In Loving memory..
Mama Sayang..
18.1.1958 - 07.12.2016

Antara post2 dari kawan2 mama..
Mama satu dlm seribu..
Bukan kami anak2 shj yg merasa kehilangannya... sahabat2 mama juga turut terasa kehilangannya... hilangmu tiada berganti mama syg... namun doa untuk mama sentiasa dibibir kami..
al-fatihah...

**cantik mama serba putih.. macam bidadari Syurga.. mama syg..**

Saat terakhir mama


Rehatlah mama... diSyurga tertinggi... InsyaAllah.


(Helaian 1)
6. Dec. 2016

Hari ke 11 mama warded di icu kpj damansara.Harini tapau mc d for breakfast. Selesai sarapan semua menuju ke hospital.. smpai di hospital checked on mama. Alhamdulillah semuanya normal. Ecg 125 bp147 oksigen100.
Tp nurse inform semalaman mama x tdo. Mengangis smpai ke pagi. Hati mula dilanda rasa sesuatu. Kenapa mama berjaga smpai pagi? Menangis?... turun ke cafe, kids da merengek2 minta nk beli itu ini.. smpai je cafe, pp called..
"Kaklong kat mana?" Dengan suara kelam kabut. "Kat hospital la. Kenapa" " blue code! Hospital br call jantung mama stop tadi!"
Subhanallah. Mcm nk terkeluar jantung. Berlari ke lift. Smpai di icu.. nurse x bg masuk. Tgh cpr n stablekan mama.. Ya Allah.. mulut x berhenti berdoa.. panjangkan lah umur mama.. masa ni semua dah x henti menangis. Me, lisa, pj and scha.. the rest x smpai lagi ke hospital.. dlm 15 min lepas tu nurse inform mama dah ok. Tapi punca kenapa jantung mama stop.. masih x diketahui... Ya Allah.. permudahkanlah segalanya... called fara. Bergegas fara dtg dr office. Angah dan abah pun tiba di hospital.

Doc Dato Zurin panggil ke bilik. Ct scan done.
Mama diserang stroke kedua. Kali ni lebih kritikal. Jika yg pertama stroke pendarahan. Kali ni stroke tersumbat. Dua tempat. Kiri dan kanan. Dan yg lebih parah brain stem juga terlibat.. subhanaAllah.. berat sungguh ujian mu... kata doc jika brain stem injured, body mama hilang control utk pernafasan dan sebagainya. Brain stem control jantung, paru paru serta organ penting yg lain. Tiada Signal yg dihantar dr otak ke organ yg membuatkan organ mama terhenti bekerja. Sekarang mama fully support by machine..ubat diberikan berkali ganda dari kebiasaan.... doc kata harapan mama tipis... tapi kami tau.. mama kuat! Kalau kami di tempat mama.. pasti mama akan cari bermacam cara untuk selamatkan kami.. sepanjang hari mulut kami x berhenti dari ayat2 alquran. Doa syifa'..Yassin serta zikir.. ya Allah.. berilah kesempatan mama hidup lebih lama... kami bermalam di hospital.. cuma abah yg balik dengan anak2.. abah x berapa sihat.. jadi semua minta abah balik. Rehat dirumah. Kami jagakan mama.. setiap saat mama x bersendirian.



Helaian 2

Kami sentiasa disisi mama dengan bacaan yassin. Masa ni jauh disudut hati terdetik. Ini yg mama selalu impikan. Saat mama sakit nnt mama nk semua anak2 mama bacakan yassin utk mama. Ini lah sebab kenapa mama x henti2 marah bila salah sorang dari kami malas nk mengaji.. syukurr.. mama dah didik kami dgn didikan dan ajaran agama dan yg pennting x lupa Al Quran.. jam 12.30am... nurse minta kami tunggu di waiting room. Dah x boleh duduk sebelah mama. Dengan berat hati kami tinggalkan mama di bilik icu.. tapi masih..kami mengintai intai dari pintu cermin untuk tgk mama....sahabat2 baik dtg bg sokongan.. apis yg sentiasa ada..fairuz & An, Anis, nadia, Qurad dan mior..Thank you sahabat.. berjaga mlm utk temankan kami... kami solat hajat dan mengaji sepanjang mlm.. terlelap seketika dek terlalu penat.. jam 4.00am nurse tercegat dpn pintu waiting room. Sepantas kilat kami berlima berdiri..
"bp patient x naik2. 70-80.. rasanya boleh la masuk teman kat dlm".. sebak! Bertahan maaa...

7.december.2016
Hari ke 12 mama di icu. Dari jam 4.00 am kami dah disebelah mama. X berganjak walaupun sedikit. Bergilir2 ke surau utk solat subuh. Bp mama drop ke 50. Doc zurin call. Kata dah boleh la kalau nk call saudara mara terdekat. Ya Allah.. mimipi kah ini.. kami tatap wajah mama. Tenang. Persis dlm tidur... di saat ini kami semua pasrah. Redha.. kata ustazah semalam, wajah mama berseri2. Kulit mama putih pink. Bercahaya dan bukan semua org mendapat nikmat dan wajah yg sedemikian rupa.. bp mama makin drop. Masa ni kami berlima dan babah disisi mama.. berulang2 bacakan yassin.. mata sesekali menjeling ke arah monitor.. hati makin lama makin kencang bila mata tertumpu pada angka yg makin lama makin turun... YaAllah. Kuatkah aku?... hari makin terang. Sanak saudara makin ramai yg hadir.. bergilir2 msk ke icu.. masa ni kami x toleh ke kanan kiri.. mata hanya tertumpu ke muka mama dan monitor sambil mulut kami x henti2 dgn bacaan yassin..

perginya insan tersayang buat selama lamanya

mungkin masih ramai yg belum tahu... mama dah x ada... mama dah ada disisi Allah..
sungguh.. tersangat berat dugaan yg Allah berikan untuk penutup tahun 2016... bermulanya tahun 2016.. berbagai2 dugaan datang bertimpa2.... penutupnya dengan kepergian mama buat selama lamanya.... mommy ada abadikan detik2 perginya mama dlm fb... so mommy just copy and paste.


07.12.2016

Urusan berjalan dengan sangat lancar.
Masjid penuh mcm hari raya.. ramai sygkan mama.. alhamdulillah.. saf lelaki hampir penuh..saf perempuan smpai x muat.. beratus yg hadir utk beri penghormatan terakhir kepada mama.. solat jenazah utk mama.. alhamdulillah.. kami redha..kerana kami yakin mama kini di istana kayangan yg selalu mama idamkan.. mama selalu kata nk tinggal di istana kayangan.. impian mama termakbul.. pengkembumian berjalan dgn sgt lancar dan cepat. Langsung tiada halangan. Alhamdullillah...walaupun perit utk kami terima.. insyaAllah kami cuba dan kami redha.. lepas ni tiada lagi mama yg call hari2.. tiada lagi mama yg selalu pesan itu dan ini.. tiada lagi mama yg kaklong sayang sgt sgt... mama tenang di istana kayangan ya ma.. semua syg mama.. ramai sgt yg doakan mama.. babah banyak kali ckp kat mama, syurga teratas untuk mama.. saat akhir mama.. 3 jam kami x putus2 berselawat, yassin n mengucap tepi mama..kami saksi nyawa mama pergi.. sngat tenang.. sngt senang.. wajah mama berukar dari pink ke putih pucat. Saat tu kami tau mama dah pergi.....

اللهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ
نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, Bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik,  masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur atau dari siksaan neraka “. Amin ya robbal alamin


Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Resepi Kambing Masala


alkisahnya mommy x pernah masak kambing masala.... tapi ade stock daging kambing so google2 and decide eh masak kambing masala lah.. hehe resepi ni mommy amik dr blog cik Lina. barang2 simple semua ade.. and turns out sangat sedap! macam rasa kari kambing yg mama selalu buat..  hmmmm rindunyaaaa kat mama

KAMBING MASALA 

 Bahan-bahannya :-
 1kg daging kambing 
Cara: Daging kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...kaedah renehan hingga daging empuk 

Bahan Kisar:
 7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1-2 batang serai 

Bahan Lain 
1 labu bawang besar (dihiris) 
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat) 
2 tangkai cili hijau (dihiris) 
2 tangkai cili merah (dihiris) 
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar 
1 keping kayu manis 
1 bunga lawang 
3 biji pelaga 
1/2 sk biji jintan putih 
1/2 sk biji jintan manis 
1/2 sk serbuk ketumbar 
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka) sedikit serbuk kari daging (optional) mommy Pg letak 1sk 1 sk serbuk Garam Masala 1 sk rempah beriani 2 gelas air (atau secukupnya) Garam dan perasa secukupnya Minyak masak 

Cara-cara memasaknya :- Panaskan minyak dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Kacau seketika dan masukkan tomato. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak. Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Kambing Masala sedia dihidang *** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

pindah lagi???



pindah sekolah lagi???
kemana pulak ni??
hehehe mengalahkan anak menteri you..



Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Resepi Sambal ikan bilis rangup

Sambal ikan bilis rangup ni boleh simpan lama.. paling best consume  sambal ni je ngan nasi panas.. serious bertambah2 hahaha.. hmmm rase nk tepek semua resepi kat dlm blog ni.,., so semua agak2 tak ingat nk masak boleh buka blog and tgk balik resepi... lama x update blog.. banyak sgt kejadian lately ni.... takpelah nantui mommy update dlm entry lain k.. jom layan resepi sambal ikanbilis rangup dulu...

Ingredients needed;
* Small onion - 8
* Cleaned anchovies - handful
* Dried red chillies - 10
* Chilli padi - 6 (optional)
* Half lime
* Salt to taste

STEPS:
1. Start by frying anchovies. Set aside.
2. Then, shallow fry small onions & dried red chillies. Set aside.

3.Start by pounding small onions, followed by dried red chillies & chilli padi. Add salt as well.
4.Then, add in fried anchovies & semi-pound as well. Add in salt as well.
5.Finally, squeeze in half lime & check taste.
Ready to be served.

Bibidi-bobidi-boo ♥ ...............by Fairy Queen Mommy Zara

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥