Satu Muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban
harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan
oleh itu
mari semua kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
;) . setiap kali maal hijrah terkenang kembali pengalaman masa sekolah rendah.. hehe mommy masuk kumpulan nasyid sekolah taw, masuk pertandingan,, merata2 lawan negeri2... hehehe sgt seronok masa tu sbb asyik menang je...
well,
selepas asar td masuk lah tahun baru bagi bulan2 islam...
selepas asar td juga segala amalan kita yg tercatat dlm buku thn lepas, diserahkan oleh malaikat2 ke Allah s.w.t....
'Ya Allah semoga Kau terima segala amalanku'.. amin...
"Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. "
semoga kehidupan kita yang akan datang akan lebih bermakna dan sempurna... amin..
Laf~Lurve~Love
...............by Mommy Zara
No comments:
Post a Comment