jom click!!

Monday, October 13, 2008

Kenduri Doa Selamat & Raya Open House


12,October,2008 (Ahad)

Alhamdulillah... kenduri Doa selamat untuk si jantung hati mummy ni dah selamat dijalankan pada pukul 11 pagi.. Ramai yang datang untuk mendoakan keselamatan dan kesempurnaan kelahiran anak mummy nanti. Ustazah yg mengajar mummy mengaji mase utk khatam Quran time nikah dulu menjadi ketua untuk Kenduri doa selamat kali ni. InsyaAllah dengan kebenaran Allah, mummy harap semuanya berjalan dengan lancar mase kelahiran puteri sulung mummy ni.

Majlis Doa selamat selesai lebih kurang pukul 12 tgh hari. Air mineral yang da jadi air yasin di sedekahkan kepada semua yang datang. Aku disuruh mama salam setiap org yg datang untuk mengambil berkat katanya. Semua yg mendoakan keselamatan Zara dan aku, tak putus2 mengucapkan tahniah. Mase ni tetamu kat luar da start ramai. Dari kenalan mama, abah.. sampai la adik beradik ku.. ramai giler!... yang datang termasuk lah ipar duaiku dari melaka, lepas layan diorang makan, aku dan hubby bawak diorang menjenguk ke istana kami yg tak jauh dr rumah parents aku.. sbb diorang semua x pernah lagi sampai ke rumah kami yg baru ni, sebelum ni kitorang dok umah lain kat Cheras Mahkota now da pindah kat area umah parents aku... so senang la aku nk berulang alik kalau ade pape emergency.. hehe.. so kitorang pun minum2 n borak2 kat umah aku tapi x lame sbb kawan2 lain da tunggu kitorang kat umah mama. So ipar2 aku bersalam salaman then diorang trus balik melaka. sampai je kat umah mama, aku ngan hubby dah basah satu badan. Hujan turun selebat lebatnya. terpakse la kitorang tukar plak baju lain then trus sambung layan tetamu balik. dalam pukul 6 ptg aku ngan hubby da terduduk kepenatan sambil melepak ngan member baik aku dari kecik, iyern. dia da stanby kat umah aku dr smalam. menolong ape yg patut.. huhu.. rajin membe aku sorang nih..
bile malam semuanya dah keletihan, mama ngan abah ckp tetamu datang dah macam kenduri kawin. tak putus putus org datang sampai langsung x boleh nk berehat. huhuhu..

Dalam kol 9 lebih, da siap mandi & solat aku da terbaring ngan hubby dlm bilik yg sejuk nih..
hehehe ape lagi.. trus la lelap..... tau tau je da esok pagi.. kekeke mama ckp tetamu still datang sampai kol 12 mlm camgitu... tp aku dah dibuai mipi.. kejut pun x denga.. huhu..

No comments:

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥