Tuesday, October 6, 2009

Gastritis!

sgt x menyenangkan raya2 ni x sihat =(
last week boleh tahan lagi.. tapi semalam dah x tahan.. so gagahkan jua pergi melawat doc kat Kajang Specialist.. uhuk uhuk punya la lame menunggu.. lepas jumpe doc soezy, proceed dgn xtray n ultrasound, tgk2 kalau ada object2 yg x patut ada dlm abdomen nih.. alhamdulillah semuanya normal, so doc ckp gastrik myra dtg menyerang kembali dan kali ni lagi tinggi..n doc ckp pleaseeeeeeee jaga makan, jgn makan makanan pedas! tp doc kalau makanan x pedas ape rasa????? hmm... service dc bagus tapi yg x bagusnya menunggunya punyalah lama, PA dia lembab!!! tolong la da mcm p hospital Gomen dah rasanya! ape guna bayar mahal2 kalau kene menangok kat hospital ni smpai 5 jam???? en hubby dah bising2 dah..ape punya specialist lah!!

Tanda-tanda penyakit gastrik:

  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

1 comment:

zh-ena said...

jg lupa mkn ubat..

Little Fairy Princess Outdoor Photoshoot

Bibidi-bobidi-boo ♥